Magon King
Ayam ini asal ayam Chiangrai. Umur dalam 14 bulan sedang menyalin bulu 50% siap. Belum pernah bertarung didalam Bon. Saya bercadang untuk turun baka shj ayam ni kerana pattern mcm ni agak sukar nak dapat. Balong Raja cukup besar dan amat angguh kalau dilihat dari penampilannya di tambah dengan bauknya nampak penuh berkarisma. Permainannya hanya main depan tapi banyak tembak dengan pukulan yang deras dan tepat. Susah untuk masuk belit kaki rajin. Pernah bagi TKO semasa sparring dan itu sudah memadai untuk saya merasa yakin untuk mendapatkan bakanya. Baka di tempat asalnya pun bukan senang untuk kita memilikinya jika kita tidak betul-betul baik dengan pemiliknya. Kalau ada rezeki dapat bakanya nanti bole la kita sama-sama merasa. Selamat mengikuti cerita Magon King.
Magon King ketika baru sampai pada Disember 2009. Sedang gugur bulu
Penampilan baru dengan bauk yang kian lebat, sudah siap bulu kira-kira 50%
Siap untuk diletakkan ibu yang sesuai.
Saiz ideal 3.4kg
Meminta ibu....
Mat Handsome
Kakinya dengan taji bersegi