Selamat Datang Ke Jagohfarm

SELAMAT DATANG KE JAGOHFARM

Kami adalah pembaka kepada pelbagai jenis spesis ayam dan unggas. Tetapi buat masa ini kami lebih fokus kepada spesis ayam sabung. Baka-baka yang kami proses adalah terdiri drp baka-baka terpilih samada drp baka dalam negara kita (Local) atau dari Thailand.

Karektor ayam sabung yang menyerlahkan karisma dan kegagahannya telah membuatkan ia diminati ramai terutama kpd kaum Adam yang memang mempunyai sifat-sifat kepahlawanan. Pemilihan ayam sabung yang baik meliputi pelbagai aspek bermula dgn baka susurgalurnya, fizikal yang mempunyai karektor atau tulang yang kukuh, warna bulu melibatkan tinggi rendah bangsa ayam itu, sisek bak orang tua-tua berkata "tuah ayam nampak di kaki" dan berbagai lagi.

Dunia Moden Ayam Sabung juga telah mengalami satu perubahan yang besar. Pada masa ini terdapat pelbagai jenis baka kacukan untuk mendapatkan satu baka yang benar-benar hebat. Trend terkini adalah darah kacukan Burma atau Pama telah terbukti adalah yang terbaik. Darah Pama telah dikacukkan (Pama Cross) dengan darah Thai, Saigon@ganoi, Pakoy, Brazil, maka terhasil lah baka kacukan Magon (pamasaigon), MaThai dan nama-nama lain. Ayam Pama mempunyai permainan yang unik dimana peratusan ketepatan pukulannya adalah tinggi. Pukulannya yang padu sentiasa kena di bahagian kepala di mana musuh selalunya akan tercabut muncung dan buta matanya. Jalan permainannya yang unik, banyak sepak (Tembak) dan susah mahu masuk belit selain tidak makan pancing (Lock) telah banyak menyebabkan ayam baka asal atau baka batang kaki Bangkok yang terkenal dengan super lock tersungkur di dalam gelanggang. Evolusi Pama telah berlaku di Thailand di mana 90% darah ayam sabung mereka di sana kini adalah dpd kacukan darah ayam Pama. Tetapi R&D mereka tidak terhenti disini sahaja, mereka sentiasa upgrade baka mereka supaya menjadi lebih baik dan kini telah keluar satu baka yang boleh 'challenge' permainan ayam Pama - Baka Batang kaki Ketip Body @ baka 3 darah.

Jagoh Farm sentiasa mengikuti perkembangan dunia ayam sabung dan kami akan sentiasa upgrade baka yang kami ada dari masa ke semasa. Untuk Jualan sentiasalah melihat ke laman Jualan/Sales kami. Kami sentiasa mengiklankan ayam-ayam sama ada drp baka dari Ladang kami atau ayam Import untuk dijual. Kami juga ada menjual peralatan ternakan dan ubat-ubatan. Selamat melayari blog kami dan sebarang pertayaan boleh hubungi kami di talian ini : 013-7116301


Terima Kasih.

JAGOHFARM - Ubat & Peralatan

Untuk mencari ubat-ubatan & peralatan sila layari blog kami - Jagohfarm Ubat & Peralatan yang mengkhususkan untuk jualan ubat-ubatan dan peralatan ayam. Dengan cara ini anda tidak perlu lagi untuk membuka jagohfarm 2010 untuk mencari produk ubat-ubatan sebaliknya hanya dengan membuka blog Jagohfarm Ubat & Peralatan. Semua produk ubat-ubatan dan peralatan untuk keperluan anda terdapat dalam blog ini. Terima kasih atas sokongan anda.
Klik di sini http://jagohfarm-ubatperalatan.blogspot.com/

Payao Killers

Payao Killers
PAYAO KILLERS - Penghulu Reban. 6x Champions ini adalah ayam batang kaki balut dengan rekod 3x bunuh gu di dalam Bon. Jangan tanya gaya permainannya bagaimana kerana senjata utamanya adalah pukulan kakinya yang membuatkan musuhnya lumpuh dan tersungkur hanya dalam 1air sahaja.Ia adalah Pembaka Utama di reban kami. Untuk perkembangan terkini jagohfarm sila layari JGOHFARM 2013 dengan KLIK!!! pada gambar Penghulu Reban kami diatas.

Galeri Jualan Ayam

Galeri Jualan Ayam
TERBARU!!! The Bomb 2 - Untuk jualan ayam Jagohfarm, sila klik! gambar ayam diatas..

JF Eksotik

JF Eksotik
Galeri ternakan ayam eksotik kami. Sila KLIK!!! pada gambar ayam diatas,

Saturday, July 31, 2010

Trip ke Bangkok



Atas Urusan kerja pd 26hb Julai 2010 lepas sy telah ke Bangkok. Seperti biasa Bangkok yg terkenal dgn Traffick Jam nya mmg memenatkan bila berurusan disana. Tidak mmpunyai masa yang cukup sy sempat juga mencuri masa untuk ke Ladang Ayam Batang Kaki seorang sahabat di Ayutthaya sekitar 1jam stgh perjalanan dari Bangkok. Ladang kepunyaan seorang penguasa besar Polis di Ayutthaya dan pd hari itu sy ditemani adiknya sdr Phodo. Ladang ini antara top 5 disekitar Bangkok dgn ayamnya yamg berkualiti dan banyak memenangi kejuaraan Bon di sekitar Bangkok terutama Bon Terkenal @ Bon no 1 di Thailand iaitu Bon Modensha kepunyaan Raja Ayam Btg Kaki Thailand - Edd Karabou.Terdapat 5 buah ladang kesemuanya milik sahabat saya ini yang diberi nama Khai Kwei Farm ( Glass Fifhting Cocks) dan lawatan sy pd kali ini adalah ladang untuk proses pembakaan & anak ayam muda.

Ayam jalan @ ayam Bangkok memang sudah tidak berapa popular di Thailand semenjak Evolusi Pama diperkenalkan disini. Hari ini di Thailand untuk kategori ayam batang kaki mereka telah bertukar ke darah Pama. Pama akan dikacukkan dengan baka dari darah yang berlainan utuk upgrade darah yang lebih baik. Diladang Khai Kwaie ( Glass Fifhting Cocks) ini 99% adalah ayam Pama @ dr Pama Cross.Ayam jalan sudah tidak berapa relevan kalau bertemu dgn ayam Pama. Disini sy ada sedikit ole-ole utk tatapan anda semua iaitu Video Clip ayam baka di ladang kawan sy ini iaitu ayam darah Pama @ Pama Cross ayam muda sekitar 7-8 bulan.

Selamat menonton dan jika berminat dengan ayam ini boleh lah  hubungi terus di talian HP sy iaitu 016-7186301. Terima Kasih.



Merah Gear Reverse - Ayam berumur 8bulan darah PamaThai. Berat matang boleh mencapai 3kg. Permainan sepak gostan tidak masuk belit. Harga RM 500.00 termasuk penghantaran di Sem. Malaysia.
Status : Ayam masih di Thailand dan perlu di booking dahulu.



Kelabu PamaBrazil & Sitam Merah PamaThai ( Gear Reverse)- Ayam berumur 7bulan darah PamaThai. Berat matang boleh mencapai 3kg lebih. Permainan sepak gostan susah  masuk belit. Harga RM 650.00 termasuk penghantaran di Sem. Malaysia.
Status : Ayam masih di Thailand dan perlu di booking dahulu.



Ara Sitam Gear Reverse - Ayam berumur 7bulan darah Pama Ori. Berat matang boleh mencapai 2.8kg - 2.9kg. Permainan sepak gostan tidak  masuk belit anak kepada Pama 7x Champions. Harga RM 850.00 termasuk penghantaran di Sem. Malaysia.
Status : Ayam sudah ada di JagohFarm (M).

Pama Ori 7x Champions
Antara Pembaka Utama di Ladang Khai Kwei. Telah memenagi 7x kejuaraan antaranya di Bon Modensha, Bon no 1 di Thailand. Permaianan sepak gostan dan tidak makan pancing. Pernah bertarung dgn darah Pakoy yang terkenal dengan Pembunuh Pama ttp Pakoy dgn tempur dan ketip body pun tidak dapat mengalahkannya. Anak muda 7-8 bulan untuk baka ini ada untuk anda miliki..

7x Champion - 100% Pama

Umur 4 tahun - Pembaka Utama di Khai Kwei Farm
Permainan yang hebat & Unik dengan pukulan 90% kena.


Anak Champion  7x - Umur 7bln darah PamaBrazil
 A
Anak Muda 5-7bln

Anak Muda 5-7bln

Dara Betina Pama 7x
Antara Blok Reban di Khai Kwei Farm
Sparing dulu...
 Bersama penjaga ladang & The Owner Mr Phodo the police man



Lawatan Kerja di Daikin Amata Nakhon, Thailand

Antara baka darah yang terdapat di ladang Khai Kwei Farm adalah darah Pama, Pakoy, Pure Thai & Brazil. Kebanyakannya telah di kacukkan berlainan darah untuk menjadi baka yang lebih berdaya saing. Jika ada sebarang pertanyaan dan utk tempahan sila hubungi sy. Terima kasih.

Thursday, July 8, 2010

Penampilan Baru - Magon King

Magon King


Ayam ini asal ayam Chiangrai. Umur dalam 14 bulan sedang menyalin bulu 50% siap. Belum pernah bertarung didalam Bon. Saya bercadang untuk turun baka shj ayam ni kerana pattern mcm ni agak sukar nak dapat. Balong Raja cukup besar dan amat angguh kalau dilihat dari penampilannya di tambah dengan bauknya nampak penuh berkarisma. Permainannya hanya main depan tapi banyak tembak dengan pukulan yang deras dan tepat. Susah untuk masuk belit kaki rajin. Pernah bagi TKO semasa sparring dan itu sudah memadai untuk saya merasa yakin untuk mendapatkan bakanya. Baka di tempat asalnya pun bukan senang untuk kita memilikinya jika kita tidak betul-betul baik dengan pemiliknya. Kalau ada rezeki dapat bakanya nanti bole la kita sama-sama merasa. Selamat mengikuti cerita Magon King.


Magon King ketika baru sampai pada Disember 2009. Sedang gugur bulu
Penampilan baru dengan bauk yang kian lebat, sudah siap bulu kira-kira 50%
 g
Siap untuk diletakkan ibu yang sesuai.
Saiz ideal 3.4kg
 h
Meminta ibu....
Mat Handsome
 
Kakinya dengan taji bersegi