Selamat Datang Ke Jagohfarm

SELAMAT DATANG KE JAGOHFARM

Kami adalah pembaka kepada pelbagai jenis spesis ayam dan unggas. Tetapi buat masa ini kami lebih fokus kepada spesis ayam sabung. Baka-baka yang kami proses adalah terdiri drp baka-baka terpilih samada drp baka dalam negara kita (Local) atau dari Thailand.

Karektor ayam sabung yang menyerlahkan karisma dan kegagahannya telah membuatkan ia diminati ramai terutama kpd kaum Adam yang memang mempunyai sifat-sifat kepahlawanan. Pemilihan ayam sabung yang baik meliputi pelbagai aspek bermula dgn baka susurgalurnya, fizikal yang mempunyai karektor atau tulang yang kukuh, warna bulu melibatkan tinggi rendah bangsa ayam itu, sisek bak orang tua-tua berkata "tuah ayam nampak di kaki" dan berbagai lagi.

Dunia Moden Ayam Sabung juga telah mengalami satu perubahan yang besar. Pada masa ini terdapat pelbagai jenis baka kacukan untuk mendapatkan satu baka yang benar-benar hebat. Trend terkini adalah darah kacukan Burma atau Pama telah terbukti adalah yang terbaik. Darah Pama telah dikacukkan (Pama Cross) dengan darah Thai, Saigon@ganoi, Pakoy, Brazil, maka terhasil lah baka kacukan Magon (pamasaigon), MaThai dan nama-nama lain. Ayam Pama mempunyai permainan yang unik dimana peratusan ketepatan pukulannya adalah tinggi. Pukulannya yang padu sentiasa kena di bahagian kepala di mana musuh selalunya akan tercabut muncung dan buta matanya. Jalan permainannya yang unik, banyak sepak (Tembak) dan susah mahu masuk belit selain tidak makan pancing (Lock) telah banyak menyebabkan ayam baka asal atau baka batang kaki Bangkok yang terkenal dengan super lock tersungkur di dalam gelanggang. Evolusi Pama telah berlaku di Thailand di mana 90% darah ayam sabung mereka di sana kini adalah dpd kacukan darah ayam Pama. Tetapi R&D mereka tidak terhenti disini sahaja, mereka sentiasa upgrade baka mereka supaya menjadi lebih baik dan kini telah keluar satu baka yang boleh 'challenge' permainan ayam Pama - Baka Batang kaki Ketip Body @ baka 3 darah.

Jagoh Farm sentiasa mengikuti perkembangan dunia ayam sabung dan kami akan sentiasa upgrade baka yang kami ada dari masa ke semasa. Untuk Jualan sentiasalah melihat ke laman Jualan/Sales kami. Kami sentiasa mengiklankan ayam-ayam sama ada drp baka dari Ladang kami atau ayam Import untuk dijual. Kami juga ada menjual peralatan ternakan dan ubat-ubatan. Selamat melayari blog kami dan sebarang pertayaan boleh hubungi kami di talian ini : 013-7116301


Terima Kasih.

JAGOHFARM - Ubat & Peralatan

Untuk mencari ubat-ubatan & peralatan sila layari blog kami - Jagohfarm Ubat & Peralatan yang mengkhususkan untuk jualan ubat-ubatan dan peralatan ayam. Dengan cara ini anda tidak perlu lagi untuk membuka jagohfarm 2010 untuk mencari produk ubat-ubatan sebaliknya hanya dengan membuka blog Jagohfarm Ubat & Peralatan. Semua produk ubat-ubatan dan peralatan untuk keperluan anda terdapat dalam blog ini. Terima kasih atas sokongan anda.
Klik di sini http://jagohfarm-ubatperalatan.blogspot.com/

Payao Killers

Payao Killers
PAYAO KILLERS - Penghulu Reban. 6x Champions ini adalah ayam batang kaki balut dengan rekod 3x bunuh gu di dalam Bon. Jangan tanya gaya permainannya bagaimana kerana senjata utamanya adalah pukulan kakinya yang membuatkan musuhnya lumpuh dan tersungkur hanya dalam 1air sahaja.Ia adalah Pembaka Utama di reban kami. Untuk perkembangan terkini jagohfarm sila layari JGOHFARM 2013 dengan KLIK!!! pada gambar Penghulu Reban kami diatas.

Galeri Jualan Ayam

Galeri Jualan Ayam
TERBARU!!! The Bomb 2 - Untuk jualan ayam Jagohfarm, sila klik! gambar ayam diatas..

JF Eksotik

JF Eksotik
Galeri ternakan ayam eksotik kami. Sila KLIK!!! pada gambar ayam diatas,

Thursday, November 24, 2011

Sunday, November 13, 2011

Pembaka Jagohfarm - Updated 2011

Jagohfarm ingin memperkenalkan Pembaka kami yang terdiri dari Fighters2 yang telah mempunyai rekod yang baik. Induk ibu juga terdiri dari ibu pilihan samada diImport dari Thailand dan juga anak benih dari reban kami sendiri. Buat masa ini anak-anak baka kami juga telah banyak menjadi juara di bon2 sekitar Malaysia terutama anak Penghulu Reban kami Payao Killers.

Penghulu Reban - Payao Killers  (Baka Batang Kaki Balut)
Penghulu Reban - Payao Killers - Pembaka Utama direban kami dengan rekod 6x kemenangan dan 3x bunuh musuh didalam game terakhirnya. Baka Payao ini biasanya mempunyai pukulan yang amat kuat dan tepat. Ia membunuh musuhnya dengan tikaman di telinga. Walaupun tajinya dibalut tetapi tunggul balut bila kena tepat ditelinga telah membuat musuhnya tumbang. Darah Pama+Pakoy+Trat


Naib Penghulu - Esset 9x             (Baka Batang Kaki Balut)
Natb Penghulu Reban - Esset 9x - Pembaka Utama ini mempunyai 9x rekod kemenanagan. Selain dari rekod yang baik ia juga mempunyai karektor yang gagah. Ekor buluhnya, keras dan tegak serta lebar agak sukar untuk mencari ekor seperti ini sekarang, terutama pada ayam batang kaki. Darah Pama+Brazil+Trat

Hijau Makoy - 5x                          (Baka Batang Kaki Balut)
Hijau Makoy -  Mempunyai rekod 5x kemenangan dengan permainan ayam jalan tempur dan ketip body. Darah Pama+Pakoy+Trat. Pukulan body nya membuat gu lemah sendi dan merangkak keluar Bon.

Merah Sitam PamaBrazil 5x       (Baka Batang Kaki Balut)
Merah Sitam 5x -  Mempunyai rekod 5x kemenangan dengan permainan sepak reverse, lastik, dan serong. Tidak mahu masuk belit dan lari tampar bila ditekan. Kaki pukul urat, amat bisa.  Darah Pama+Brazil. 


Jalak Buta PB 5x                          (Baka Batang Kaki Balut)
Jalak Buta PB 5x -  Mempunyai rekod 5x kemenangan dan telah buta pada game yang ke 3. Walaupun buta ia masih boleh memenangi 2 lagi game. Permainan sepak reverse, lastik, tidak mahu masuk belit dan lari tampar bila ditekan. Pukulan tepat dan berbisa. Darah Pama+Brazil. 


Ara Ujung 13x Champions       (Baka Sambung Taji Tanduk)
Ara Ujung 13x -  Mempunyai rekod 13x kemenangan dengan game Ujung Tanduk. Ayam dari Langsuan ini telah kalah angkat sekali pada game yang ke 9 kerana patah taji sambungnya. Walau bagaimanapun seminggu kemudian ia telah menang 3x berturut setiap minggu. Ia selalu membunuh gu nya dalam sepak permulaan game. Walaupun telah berumur 3tahun semasa saya membelinya di Thailand, tuannya pada masa itu masih lagi cuci untuk berlaga lagi.


Toun 7 Series - Pembaka Baru      (Baka Batang Kaki Balut)

Toun 7 Series -  Mempunyai rekod 7x kemenangan dengan permainan tempur ketip body, lastik dan serong kiri kanan hidup.. Kaki berat dan pukul urat.  Darah Pama+Pakoy+Brazil+Trat. Bulu Toun seperti ini agak sukar didapati dan dengan saiz yang Ideal 3.7kg kami telah mengambil keputusan untuk menjadikannya Pembaka Utama. video Clipnya http://www.youtube.com/watch?v=&feature=player_videoeditor


Jalak Emas 5x - Pembaka Baru    (Baka Batang Kaki Balut)
Jalak Emas -  Mempunyai rekod 5x kemenangan dengan permainan tempur ketip body, lastik dan serong kiri kanan hidup.. Pukulannya yang tepat dan bisa membuat musuhnya lemah sendi..  Darah Pama+Brazil.  Bulu Jalak Emas yang unik dengan kaki dan muncung putih mutiara seperti ini agak sukar untuk didapati dan kami telah mengambil keputusan untuk menjadikannya Pembaka Utama.  jalak emas http://youtu.be/2SwpxF3dfro

Merah 7x - Pembaka Baru           (Baka Batang Kaki Balut)

Merah 7x -  Mempunyai rekod 7x kemenangan dengan permainan banyak sepak reverse tidak berapa mahu masuk belit. Pukulan cun dan bisa dan kesemua kemenangannya tidak lepas 2 air..  Darah Pama+Brazil. 


Ara Hijau 5x - Pembaka Baru      (Baka Batang Kaki Balut)


Ara Hijau 5x -  Mempunyai rekod 5x kemenangan dengan permainan tempur, super lock, kilas, lastik dan serong yang baik. Kaki berat dan pukul urat.  Darah Pama+Brazil+Trat. Sedang menyulam bulu dan telah diturunkan baka di transit farm saya di Songkla, Thailand. Tetapi kami telah membawanya masuk ke reban kami sekarang.



 Nota :-
Selain pembaka-pembaka yang kami kenalkan terdapat juga pembaka-pembaka Part Time lain dimana kebanyakannya sedang jatuh bulu dan kami menurunkan bakanya sementara menunggu bulunya penuh semula.