Selamat Datang Ke Jagohfarm

SELAMAT DATANG KE JAGOHFARM

Kami adalah pembaka kepada pelbagai jenis spesis ayam dan unggas. Tetapi buat masa ini kami lebih fokus kepada spesis ayam sabung. Baka-baka yang kami proses adalah terdiri drp baka-baka terpilih samada drp baka dalam negara kita (Local) atau dari Thailand.

Karektor ayam sabung yang menyerlahkan karisma dan kegagahannya telah membuatkan ia diminati ramai terutama kpd kaum Adam yang memang mempunyai sifat-sifat kepahlawanan. Pemilihan ayam sabung yang baik meliputi pelbagai aspek bermula dgn baka susurgalurnya, fizikal yang mempunyai karektor atau tulang yang kukuh, warna bulu melibatkan tinggi rendah bangsa ayam itu, sisek bak orang tua-tua berkata "tuah ayam nampak di kaki" dan berbagai lagi.

Dunia Moden Ayam Sabung juga telah mengalami satu perubahan yang besar. Pada masa ini terdapat pelbagai jenis baka kacukan untuk mendapatkan satu baka yang benar-benar hebat. Trend terkini adalah darah kacukan Burma atau Pama telah terbukti adalah yang terbaik. Darah Pama telah dikacukkan (Pama Cross) dengan darah Thai, Saigon@ganoi, Pakoy, Brazil, maka terhasil lah baka kacukan Magon (pamasaigon), MaThai dan nama-nama lain. Ayam Pama mempunyai permainan yang unik dimana peratusan ketepatan pukulannya adalah tinggi. Pukulannya yang padu sentiasa kena di bahagian kepala di mana musuh selalunya akan tercabut muncung dan buta matanya. Jalan permainannya yang unik, banyak sepak (Tembak) dan susah mahu masuk belit selain tidak makan pancing (Lock) telah banyak menyebabkan ayam baka asal atau baka batang kaki Bangkok yang terkenal dengan super lock tersungkur di dalam gelanggang. Evolusi Pama telah berlaku di Thailand di mana 90% darah ayam sabung mereka di sana kini adalah dpd kacukan darah ayam Pama. Tetapi R&D mereka tidak terhenti disini sahaja, mereka sentiasa upgrade baka mereka supaya menjadi lebih baik dan kini telah keluar satu baka yang boleh 'challenge' permainan ayam Pama - Baka Batang kaki Ketip Body @ baka 3 darah.

Jagoh Farm sentiasa mengikuti perkembangan dunia ayam sabung dan kami akan sentiasa upgrade baka yang kami ada dari masa ke semasa. Untuk Jualan sentiasalah melihat ke laman Jualan/Sales kami. Kami sentiasa mengiklankan ayam-ayam sama ada drp baka dari Ladang kami atau ayam Import untuk dijual. Kami juga ada menjual peralatan ternakan dan ubat-ubatan. Selamat melayari blog kami dan sebarang pertayaan boleh hubungi kami di talian ini : 013-7116301


Terima Kasih.

JAGOHFARM - Ubat & Peralatan

Untuk mencari ubat-ubatan & peralatan sila layari blog kami - Jagohfarm Ubat & Peralatan yang mengkhususkan untuk jualan ubat-ubatan dan peralatan ayam. Dengan cara ini anda tidak perlu lagi untuk membuka jagohfarm 2010 untuk mencari produk ubat-ubatan sebaliknya hanya dengan membuka blog Jagohfarm Ubat & Peralatan. Semua produk ubat-ubatan dan peralatan untuk keperluan anda terdapat dalam blog ini. Terima kasih atas sokongan anda.
Klik di sini http://jagohfarm-ubatperalatan.blogspot.com/

Payao Killers

Payao Killers
PAYAO KILLERS - Penghulu Reban. 6x Champions ini adalah ayam batang kaki balut dengan rekod 3x bunuh gu di dalam Bon. Jangan tanya gaya permainannya bagaimana kerana senjata utamanya adalah pukulan kakinya yang membuatkan musuhnya lumpuh dan tersungkur hanya dalam 1air sahaja.Ia adalah Pembaka Utama di reban kami. Untuk perkembangan terkini jagohfarm sila layari JGOHFARM 2013 dengan KLIK!!! pada gambar Penghulu Reban kami diatas.

Galeri Jualan Ayam

Galeri Jualan Ayam
TERBARU!!! The Bomb 2 - Untuk jualan ayam Jagohfarm, sila klik! gambar ayam diatas..

JF Eksotik

JF Eksotik
Galeri ternakan ayam eksotik kami. Sila KLIK!!! pada gambar ayam diatas,

Friday, December 24, 2010

Baka 2011

Baka Baru
Pada 2011 ini Jagohfarm ingin memperkenalkan Pembaka baru yang akan dibiakbaka di reban kami. Terdiri dari Jagoh-jagoh yang mempunyai rekod Champion yang baik dan dengan pelbakai gaya permainan. Jagoh-jagoh ini bukan hanya berasal dari Siam tetapi kita juga mendapatkannya dari negara kita (local) yang telah memenuhi kriteria ayam terbaik. Diharapkan baka dari Jagoh-jagoh ini akan dapat memenuhi koleksi sahabat semua pada masa akan datang.

 Esset Champions 9x
Esset Champions 9x - Darah Pama Brazil telah menjuarai 9x perlawanan. Kaki bisa dengan buah pukul patah besar. Berat 3.4kg.


Pirates Pakoy 7x
Pirates Pakoy 7x - Darah Pakoy 100% telah menjuarai 7x perlawanan dengan permainan ketip & pukul body. Pukulan 3-4 seturut dengan pukulan padu di pinggang banyak membuat musuh rebah. Berat 3.1kg.


MG-5XGRS
MG-5XGRS - Darah Pama+Saigon telah menjuarai 5x perlawanan dengan permainan reverse dan sepak. Pukulan padu dengan ketepatan yang tinggi di kepala mempunyai buah patah dengan hanya pukulan sepak. Berat 3.4kg.

Pangkong Sitam 4x
Pangkong Sitam 4x- Baka 3darah telah menjuarai 4x perlawanan dengan jalan serong, kilas, lock & ketip. Sepak dan pukulan depan yang baik merupakan permainan generasi terkini untuk membunuh permainan pama. Mempunyai keunikan berkokok semasa dalam perlawanan didalam bon menandakan akan menang. Mempunyai buah pukul patah yang baik TKO. Berat 3.3kg.

Besut
Besut 3x- Darah Pure Siam baka dari Besut Terengganu, telah menjuarai 3x perlawanan dengan jalan serong, kilas, tembak & super lock. Mempunyai buah pukul patah besar - TKO. Berat 3.3kg.

Sitam Baka 19x
Sitam Baka 19x- Darah Saigon Siam dengan jalan serong, kilas & lock. Permainan tempur dan lock tindih badan membuat musuh lemas hilang jalan. Belum pernah bertempur di Bon ttp sudah beberapa kali dibawa ke bon ttp tiada jodoh sehingga dia mula jatuh bulu baru-baru ini. Bapak ayam ini telah menjuarai 19x kejuaraan dengan semua musuhnya tumbang dengan pukulan TKO. Mempunyai buah pukul patah besar - TKO.    Berat 3.3kg.






Wednesday, November 17, 2010

My Bonsai

Bonsai Sales
Spesis - Santalia
Umur  - 10-30thn
Harga - RM1200/pokok
Berminat sila hubungi saya.Tq




S1


S2


S3
  S4
S5
S6


S7
S8

Friday, November 12, 2010

Borak-borak Tepi Reban

Borak borak tepi reban kali ni saya ingin bercerita sedikit tentang Jagohfarm. Mungkin dengan borak-borak ini, kawan2 kita yang jauh akan mendapat sedikit gambaran tentang kita. Sebenarnya kita ni bukanlah ladang besar2an cuma reban macam anda semua juga. Cuma mungkin langkah kita agak panjang sedikit dimana kita selalu berurusan di negara jiran dan dengan sedikit pengetahuan yang ada kita cuba memeberikan perkhidmatan mendapatkan baka-baka ayam yang terbaik disana untuk dikembangbiakkan disini dengan harapan ayam-ayam kita disini juga mempunyai kualiti yang sama dengan mereka disamping dapat memeperkenalkan baka-baka terbaru orang Thailand. Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan anda semua.

Reban Utama di Kangkar Tebrau, Johor Baharu.
Reban ini adalah reban induk dan juga reban transit utk ayam import yang baru sampai. Pelawat adalah dialu-alukan disini.
Reban bujang dauble & single storey
Reban Induk untuk ayam kelamin turun baka.
Cadangan untuk naikkan lagi lima tingkat pd masa akan datang. Tapi kena naik lift la pulak.
Musuh utama di reban kami, misai tebal ular sawa.

Kebun
Kebun adalah untuk kita membesarkan anak-anak ayam hinggalah ke bujang. Pelawat tidak dibenarkan utuk datang melawat disini atas sebab-sebab keselamatan.
Kepungan jaring pukat
Anak-anak bujang zon jantan
Sejuk hati kalau duduk kat kebun ni.

Reban Penghulu
Reban ini untuk Penghulu reban bersama gundik-gundiknya dan Naib Penghulu, juga dengan gundik-gundiknya.


Reban kembar untuk Penghulu seekor
Reban Naib Penghulu
Anak  sulong Magon King 
Anak Payao 2nd trip
Anak Ara 13x 2nd trip
Transit Farm di Chana Songkla
Reban ini adalah reban transit apabila ayam-ayam dari serata Thailand turun sebelum dibawa masuk ke Malaysia. Ayam akan direhatkan dahulu setelah menempuh perjalanan yang panjang. 
Kebanyakan di Thailand mereka membela ayam mereka hanya menggunakan perkup buluh dibawah satu Bangsal utama. Berlainan dengan kita disini yang menggunakan reban.
Tepi pantai, rindu nak pegi sana...

Sparring session
Tokey Bon besar ayam ujung tanduk di Khenom, Surathani sdr Sunthom (baju belang oren), berlatar belakangkan bangunan Bon nya.
Tumpang posing didalam Bon sdr Sunthom.
Tuan punya ladang ayam batang kaki Mr Phodo the policeman di Ayutaya, Bangkok
Anak Siam ditebing Sungai Golok
Ehhh.. bukan anak siam la, anak akuuu...

Ok bro, Sawadee Kap.


Monday, November 8, 2010

Jualan Bulan November 2010 - Ayam Ujung, Ujung Ori dan Batang Kaki

Kami memohon maaf kerana atas masalah situasi semasa ruangan jualan ayam agak lama tidak dibuka. Antara faktor ruangan ini direhatkan sementara adalah kerana masalah penyakit sampar yang telah menyerang sekarang ini dan masalah banjir di negara jiran kita Thailand. Mudah-mudahan dengan datangnya musim hujan ini penyakit sampar akan cepat pergi. Saya menasihatkan agar sentiasa lah beri pelalian vaksin secara konsisten agar terselamat dari penyakit ini bukan hanya diberi pada waktu datang penyakit sahaja, takut dah terlambat nanti. Ayam di reban kami memang telah diberi pelalian vaksin dan Alhamdulillah setakat ini kami terselamat dari penyakit sampar. Banjir di Thailand juga telah menjejaskan urusan kemasukan ayam kerana banyak tempat ditenggelami air. Tetapi baru-baru ini kita telah mula membawa masuk semula ayam. Pada trip ini kami membawa masuk ayam ujung tanduk, ujung ori dan batang kaki.Selamat memilih jika ada yang berkenan. Terima Kasih atas sokongan anda.

Ayam Ujung Tanduk
Langsuan 4x





Langsuan 4x - Telah memenangi 4x ujung tanduk. Saiz 3.8kg, siap untuk beraksi semula.
Harga : RM1200.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
Fully Imported
SOLD
Bawat
Bawat - Ayam Langsuan belum pernah beraksi di Bon.  Saiz 3.6kg, siap untuk dicuci.
Harga : RM850.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
Fully Imported
SOLD
Sisik Bawat (Gelang@Raja) di kaki kanan di taji dan kaki kiri di pelipat.
Ara Tua

Ara Tua- Ayam Langsuan belum pernah beraksi di Bon.  Saiz 3.5kg, siap untuk dicuci.
Harga : RM850.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
Fully Imported
SOLD
Kaki Ara Tua
Bireng
Bireng - Ayam Surathani, memenagi 1x kejuaraan. Saiz 3.4kg, ekor masih sedang tumbuh dijangka boleh dicuci dalam sebulan lagi.
Harga : RM1000.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
Fully Imported
SOLD
Merah Ular Tanah

Merah Ular Tanah - Ayam Langsuan belum pernah beraksi di Bon.  Saiz 3.5kg, siap untuk dicuci.
Harga : RM850.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
Fully Imported


Ekor Lalang


Ekor Lalang - .
Ayam Langsuan ujung Tanduk tetapi belum potong taji lagi. taji ada dalam 1", belum pernah bertempur di bon. Saiz 3.5kg, Siap untuk dicuci.
Harga : RM850.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.

Fully Imported
SOLD
Ayam Ujung Kaki Ori
Manisan Hangus
Manisan Hangus - Ayam belum pernah beraksi di Bon.  Saiz 3.1kg, siap untuk dicuci.
Harga : RM650.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
Fully Imported
SOLD
Ara UO
Ara UO - Ayam belum pernah beraksi di Bon.  Saiz 3.2kg, siap untuk dicuci.
Harga : RM650.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
Fully Imported
SOLD
Ayam Batang Kaki
Pakoy Gila
Pakoy Gila - Telah memenangi 1x kejuaraan dengan permainan ketip dan pukul body. Pukul dabok belakang ayam. Berat 3.2kg
Harga : RM850.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
Fully Imported
SOLD
Magon Hijau Api
Magon Hijau Api - Ayam belum pernah beraksi di Bon.  Permainan depan kaki ada buah gila. Saiz 3.1kg, siap untuk dicuci.
Harga : RM650.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
Fully Imported
SOLD
Pakoy Merah
Pakoy Merah - Ayam belum pernah beraksi di Bon.  Permainan ketip & pukul body. Saiz 3.1kg, bulu sedang meluruh. Belum boleh untuk dicuci.
Harga : RM650.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
Fully Imported
SOLD
Pama Sitam Merah
Pama Sitam Merah - Darah Pama Ori. Permainan jenis kepala lembut lau dekat tembak kepala, muncung & mata. Saiz 3kg. Umur 11bulan
Harga : RM650.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
Fully Imported
SOLD
Brazil Cross

Brazil Cross - Telah memenangi 1x kejuaraan dengan permainan Lock auna. pukul belakang kepala ayam patah tengkuk. Berat 3.4kg
Harga : RM850.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
Fully Imported
SOLD
Pakoy 7x
Pakoy 7x - Telah memenagi 7x kejuaraan. Permainan ketip & pukul body. Saiz 3.1kg. Pembaka baru di reban kami.
FOR DISPLAY ONLY
Fully Imported
Merah 19x

Merah 19x - Baka 19x darah SiamSaigon, dimana bapak ayam ini telah memenangi kejuaraan sebanyak 19x batang kaki balut dengan buah patah TKO. Anak ayam ini berumur 12 bulan saiz 3.2kg.
FOR DISPLAY ONLY
Fully Imported
New Arrival !!!
Magon Kelabu Eche



Magon Kelabu Eche - Darah Pama+Saigon. Permainan jenis Pama Joget, kepala lembut kiri-kanan tembak kaki kena. Saiz 3kg. Umur 11bulan
Harga : RM850.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
Fully Imported
SOLDKlepet Pama Pakoy

Klepet Pama Pakoy - Darah Pama+Pakoy. Permainan jenis ketip & pukul body. Saiz 3.1kg. Umur 11bulan
Harga : RM850.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
Fully Imported


Anak Ayam Muda - Local Breeds


Anak Merah Pama Brazil 3x


1.Merah 01 - Umur 3-4bln
Harga : RM150.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
SOLD
2.Hijau Uban - Umur 3-4bln
Harga : RM150.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
SOLD


3.Merah 02 - Umur 3-4bln
Harga : RM150.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
SOLD

4.Ara Toun - Umur 3-4bln
Harga : RM150.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
SOLD

Merah PamaBrazil - Telah memenangi 3x kejuaraan, bapa kpd anak diatas.


Anak Magon King
Sulong MK - Anak sulong MK berumur 2bln.

Harga : RM150.00.00 termasuk penghantaran di S'Malaysia.
SOLD
Magon King - Bapa kpd anak diatas