Selamat Datang Ke Jagohfarm

SELAMAT DATANG KE JAGOHFARM

Kami adalah pembaka kepada pelbagai jenis spesis ayam dan unggas. Tetapi buat masa ini kami lebih fokus kepada spesis ayam sabung. Baka-baka yang kami proses adalah terdiri drp baka-baka terpilih samada drp baka dalam negara kita (Local) atau dari Thailand.

Karektor ayam sabung yang menyerlahkan karisma dan kegagahannya telah membuatkan ia diminati ramai terutama kpd kaum Adam yang memang mempunyai sifat-sifat kepahlawanan. Pemilihan ayam sabung yang baik meliputi pelbagai aspek bermula dgn baka susurgalurnya, fizikal yang mempunyai karektor atau tulang yang kukuh, warna bulu melibatkan tinggi rendah bangsa ayam itu, sisek bak orang tua-tua berkata "tuah ayam nampak di kaki" dan berbagai lagi.

Dunia Moden Ayam Sabung juga telah mengalami satu perubahan yang besar. Pada masa ini terdapat pelbagai jenis baka kacukan untuk mendapatkan satu baka yang benar-benar hebat. Trend terkini adalah darah kacukan Burma atau Pama telah terbukti adalah yang terbaik. Darah Pama telah dikacukkan (Pama Cross) dengan darah Thai, Saigon@ganoi, Pakoy, Brazil, maka terhasil lah baka kacukan Magon (pamasaigon), MaThai dan nama-nama lain. Ayam Pama mempunyai permainan yang unik dimana peratusan ketepatan pukulannya adalah tinggi. Pukulannya yang padu sentiasa kena di bahagian kepala di mana musuh selalunya akan tercabut muncung dan buta matanya. Jalan permainannya yang unik, banyak sepak (Tembak) dan susah mahu masuk belit selain tidak makan pancing (Lock) telah banyak menyebabkan ayam baka asal atau baka batang kaki Bangkok yang terkenal dengan super lock tersungkur di dalam gelanggang. Evolusi Pama telah berlaku di Thailand di mana 90% darah ayam sabung mereka di sana kini adalah dpd kacukan darah ayam Pama. Tetapi R&D mereka tidak terhenti disini sahaja, mereka sentiasa upgrade baka mereka supaya menjadi lebih baik dan kini telah keluar satu baka yang boleh 'challenge' permainan ayam Pama - Baka Batang kaki Ketip Body @ baka 3 darah.

Jagoh Farm sentiasa mengikuti perkembangan dunia ayam sabung dan kami akan sentiasa upgrade baka yang kami ada dari masa ke semasa. Untuk Jualan sentiasalah melihat ke laman Jualan/Sales kami. Kami sentiasa mengiklankan ayam-ayam sama ada drp baka dari Ladang kami atau ayam Import untuk dijual. Kami juga ada menjual peralatan ternakan dan ubat-ubatan. Selamat melayari blog kami dan sebarang pertayaan boleh hubungi kami di talian ini : 013-7116301


Terima Kasih.

JAGOHFARM - Ubat & Peralatan

Untuk mencari ubat-ubatan & peralatan sila layari blog kami - Jagohfarm Ubat & Peralatan yang mengkhususkan untuk jualan ubat-ubatan dan peralatan ayam. Dengan cara ini anda tidak perlu lagi untuk membuka jagohfarm 2010 untuk mencari produk ubat-ubatan sebaliknya hanya dengan membuka blog Jagohfarm Ubat & Peralatan. Semua produk ubat-ubatan dan peralatan untuk keperluan anda terdapat dalam blog ini. Terima kasih atas sokongan anda.
Klik di sini http://jagohfarm-ubatperalatan.blogspot.com/

Payao Killers

Payao Killers
PAYAO KILLERS - Penghulu Reban. 6x Champions ini adalah ayam batang kaki balut dengan rekod 3x bunuh gu di dalam Bon. Jangan tanya gaya permainannya bagaimana kerana senjata utamanya adalah pukulan kakinya yang membuatkan musuhnya lumpuh dan tersungkur hanya dalam 1air sahaja.Ia adalah Pembaka Utama di reban kami. Untuk perkembangan terkini jagohfarm sila layari JGOHFARM 2013 dengan KLIK!!! pada gambar Penghulu Reban kami diatas.

Galeri Jualan Ayam

Galeri Jualan Ayam
TERBARU!!! The Bomb 2 - Untuk jualan ayam Jagohfarm, sila klik! gambar ayam diatas..

JF Eksotik

JF Eksotik
Galeri ternakan ayam eksotik kami. Sila KLIK!!! pada gambar ayam diatas,

Wednesday, May 12, 2010

Jalan-jalan cari Ayam - Thailand

Jalan-Jalan cari Ayam
Trip ini dibuat pada 8hb Mei yang lalu. Saya memang agak kerap pergi ke negara jiran ini untuk mencari ayam dan atas urusan kerja.Sambil menyelam minum air kata org tua2. Pada trip ini saya telah melawat beberapa farm dan bon berlaga ayam batang kaki dan ujung tanduk. Transit Farm saya terletak di Chana Songkla dan pada trip ini saya telah merayau hingga ke Surathani untuk mengambil ayam yang dihadiahkan oleh seorang kawan - Sdr Sunthom net bon ujung tanduk di Khanom Surathani. Ayam2 batang kaki kebanyakannya pada kali ini datangnya dari kawasan Phitburi dan sekitarnya iaitu atas lagi dari Bangkok. Ayam2 ini telah dihantar ke Transit Farm untuk pilihan saya.So ikuti trip sy pd kali ini...

Ada keje sikit di Walailak Universiti Nakhon Si Thamerat

 Eksyen je.. di Bon sdr Sunthom, Khanom Surathani

 o
Ngeteh tepi Ban nelayan di Khanom Surathani - Damai je..
h
Hadiah dari seorang kawan mng 7x Ujung Tanduk - dr net bon Khanom - Phi Sunthom

 3x champion ujung tanduk, 1st game 1k-3minit, 2nd game 3k-1min, 3rd game 5k-30saat. Ayam ganda duit...
Anak ayam muda 9bln Ujung Tanduk bpk mng 6x, ayam Nakhon - pilih-pilih, panas-panas lagi...


Tepi pantai berhampiran Transit Farm saya


 Ukur ayam di bon batang kaki, Bon kecik x de lesen...

 
 Sedang bertempur di Bon kecik Songkla

 Bon tepi Muara best giler...

 
 SiamPakoy 3x - Ayam jalan ada ketip 3.8kg - Ayam pencen, napas dah tak de, buat baka

Hijau Api 4x darah Pama cross, tembak x mkn pancing, baru jatuh bulu - Buat baka, berminat bole runding
 
 Ayam Kariang 2.5kg -1x.. kecik je tapi.... he he he - Nak proses baka


Hijau Bulu Betina, belom pnh bertemour di bon - belum berpunya, untuk jualan - RM500
Kaki kena tp permainan ada pasang sikit


Pama cross. Belum pernah bertempur di bon - belum berpunya, untuk jualan - RM800 SOLD
Kaki kena/special  pukul muka
Putih baka hujung tanduk tapi boleh main taji ori, banyak pukul kepala - Berminat bole runding 

Cerita Champion 13x Ayam Ujung Tanduk

Ara 13x Champion
Ayam 3 bulu tapi masih aktif berlaga, dalam tahun ni dia telah menang 4x kejuaraan yang mana sebelum ni dia telah pegang title 9x champions. Tapi pada game yang ke 9 dia telah kalah krn tajinya patah dua2. Tuan dia angkat krn sayang ayam. Dua minggu selepas itu dia beraksi lagi dan menang 2x dlm 1 minggu. Sehinggalah skrg jumlah kejuaraannya adalah 13x. Tuan ayam masih ingin main lagi ttp atas nasihat kawan2nya ayam ini telah dilepaskan untuk turun baka. Itu pun setelah salin bulu nnt tuannya masih ingin beraksi lagi.Semasa saya melawat ke farm nya, si ara ini baru sebulan dilepaskan dengan ibu ttp sekarang si Ara ini telah tukar warganegara... Dia nak ibu2 dari Malaysia katanya he he he...

 Tuan Farm Phi Sung

 
Otai2 Siam

Phi Sung dengan berat hati sebelum berpisah dengan Championnya si Ara 13x