Selamat Datang Ke Jagohfarm

SELAMAT DATANG KE JAGOHFARM

Kami adalah pembaka kepada pelbagai jenis spesis ayam dan unggas. Tetapi buat masa ini kami lebih fokus kepada spesis ayam sabung. Baka-baka yang kami proses adalah terdiri drp baka-baka terpilih samada drp baka dalam negara kita (Local) atau dari Thailand.

Karektor ayam sabung yang menyerlahkan karisma dan kegagahannya telah membuatkan ia diminati ramai terutama kpd kaum Adam yang memang mempunyai sifat-sifat kepahlawanan. Pemilihan ayam sabung yang baik meliputi pelbagai aspek bermula dgn baka susurgalurnya, fizikal yang mempunyai karektor atau tulang yang kukuh, warna bulu melibatkan tinggi rendah bangsa ayam itu, sisek bak orang tua-tua berkata "tuah ayam nampak di kaki" dan berbagai lagi.

Dunia Moden Ayam Sabung juga telah mengalami satu perubahan yang besar. Pada masa ini terdapat pelbagai jenis baka kacukan untuk mendapatkan satu baka yang benar-benar hebat. Trend terkini adalah darah kacukan Burma atau Pama telah terbukti adalah yang terbaik. Darah Pama telah dikacukkan (Pama Cross) dengan darah Thai, Saigon@ganoi, Pakoy, Brazil, maka terhasil lah baka kacukan Magon (pamasaigon), MaThai dan nama-nama lain. Ayam Pama mempunyai permainan yang unik dimana peratusan ketepatan pukulannya adalah tinggi. Pukulannya yang padu sentiasa kena di bahagian kepala di mana musuh selalunya akan tercabut muncung dan buta matanya. Jalan permainannya yang unik, banyak sepak (Tembak) dan susah mahu masuk belit selain tidak makan pancing (Lock) telah banyak menyebabkan ayam baka asal atau baka batang kaki Bangkok yang terkenal dengan super lock tersungkur di dalam gelanggang. Evolusi Pama telah berlaku di Thailand di mana 90% darah ayam sabung mereka di sana kini adalah dpd kacukan darah ayam Pama. Tetapi R&D mereka tidak terhenti disini sahaja, mereka sentiasa upgrade baka mereka supaya menjadi lebih baik dan kini telah keluar satu baka yang boleh 'challenge' permainan ayam Pama - Baka Batang kaki Ketip Body @ baka 3 darah.

Jagoh Farm sentiasa mengikuti perkembangan dunia ayam sabung dan kami akan sentiasa upgrade baka yang kami ada dari masa ke semasa. Untuk Jualan sentiasalah melihat ke laman Jualan/Sales kami. Kami sentiasa mengiklankan ayam-ayam sama ada drp baka dari Ladang kami atau ayam Import untuk dijual. Kami juga ada menjual peralatan ternakan dan ubat-ubatan. Selamat melayari blog kami dan sebarang pertayaan boleh hubungi kami di talian ini : 013-7116301


Terima Kasih.

JAGOHFARM - Ubat & Peralatan

Untuk mencari ubat-ubatan & peralatan sila layari blog kami - Jagohfarm Ubat & Peralatan yang mengkhususkan untuk jualan ubat-ubatan dan peralatan ayam. Dengan cara ini anda tidak perlu lagi untuk membuka jagohfarm 2010 untuk mencari produk ubat-ubatan sebaliknya hanya dengan membuka blog Jagohfarm Ubat & Peralatan. Semua produk ubat-ubatan dan peralatan untuk keperluan anda terdapat dalam blog ini. Terima kasih atas sokongan anda.
Klik di sini http://jagohfarm-ubatperalatan.blogspot.com/

Payao Killers

Payao Killers
PAYAO KILLERS - Penghulu Reban. 6x Champions ini adalah ayam batang kaki balut dengan rekod 3x bunuh gu di dalam Bon. Jangan tanya gaya permainannya bagaimana kerana senjata utamanya adalah pukulan kakinya yang membuatkan musuhnya lumpuh dan tersungkur hanya dalam 1air sahaja.Ia adalah Pembaka Utama di reban kami. Untuk perkembangan terkini jagohfarm sila layari JGOHFARM 2013 dengan KLIK!!! pada gambar Penghulu Reban kami diatas.

Galeri Jualan Ayam

Galeri Jualan Ayam
TERBARU!!! The Bomb 2 - Untuk jualan ayam Jagohfarm, sila klik! gambar ayam diatas..

JF Eksotik

JF Eksotik
Galeri ternakan ayam eksotik kami. Sila KLIK!!! pada gambar ayam diatas,

Tuesday, July 31, 2012

Kebun Baka Jagoh Farm

Alhamdulillah kami telah membuka satu lagi breeding farm untuk aktiviti biakbaka kami baru-baru ini. Kebanyakan Pembaka Utama kami akan dipindahkan disini nanti. Selain dari Pembaka-pembaka yang asal, kami juga sedang mencari lagi Champion-champion yang terbaik dari Thailand untuk dibiakbaka di farm kami ini. Antaranya kami sedang menunggu kemasukan Champion berasal dari Payao yang telah 9x memegang belt berdarah Pama+Brazil dimana anak2nya sudah terbukti hebat diarena. Begitu juga dengan induk ibu dimana kebanyakan kami bawa masuk dari Thailand berasal dari  baka terpilih. Dengan variasi baka yang pelbagai ini kami akan buat yang terbaik untuk menghasilkan Jagoh terbilang untuk mewarnai hobi warisan kita. Namun maaf kami pinta kerana kebun baru ini tidak dibuka untuk pelawat atas sebab-sebab keselamatan. Jika ingin melawat dan berkenalan dengan saya kami alu-alukan kedatangan anda di Transit Farm kami yang terletak di Johor Bahru. Tapi kena buat temujanji dahulu... Terima kasih atas sokongan anda semua.

Pembaka bapak TKO 19x bersama ibu baka 15x di rumah barunya. Kerana faktor umur yang agak  sudah Otai ia hanya diberi seekor ibu sahaja yang dlm umur sedang produktif bertekur. Ini bagi menseimbangkan gene baka yang akan menghasilkan anak yang sihat dan kuat.

Pembaka baru Kojak Saigon bersama induk-induk ibu dari darah Magon, 3darah dan Saigon Ori di kebun baru JF.

Bapak Sitam PB6x bersama induk-induk darah Pama, anak TKO 19x dan baka Payao senior.

Ibu pama ori kelabu dan balong pacak bauk sedang mengeram dari baka Sitam PamaBrazil 6x. Ada rezki sebelum raya ni dapat anak la kami..



Pump Station - Dalam umur lancur begini anak-anak muda ini akan dipump dengan makan yang mencukupi dan berkhasiat untuk menjamin pertumbuhan body nya yang baik. Vaksin wajib diberikan untuk mencegah dari penyakit sampar yang kerap menular diera zaman moden sekarang ini.