Selamat Datang Ke Jagohfarm

SELAMAT DATANG KE JAGOHFARM

Kami adalah pembaka kepada pelbagai jenis spesis ayam dan unggas. Tetapi buat masa ini kami lebih fokus kepada spesis ayam sabung. Baka-baka yang kami proses adalah terdiri drp baka-baka terpilih samada drp baka dalam negara kita (Local) atau dari Thailand.

Karektor ayam sabung yang menyerlahkan karisma dan kegagahannya telah membuatkan ia diminati ramai terutama kpd kaum Adam yang memang mempunyai sifat-sifat kepahlawanan. Pemilihan ayam sabung yang baik meliputi pelbagai aspek bermula dgn baka susurgalurnya, fizikal yang mempunyai karektor atau tulang yang kukuh, warna bulu melibatkan tinggi rendah bangsa ayam itu, sisek bak orang tua-tua berkata "tuah ayam nampak di kaki" dan berbagai lagi.

Dunia Moden Ayam Sabung juga telah mengalami satu perubahan yang besar. Pada masa ini terdapat pelbagai jenis baka kacukan untuk mendapatkan satu baka yang benar-benar hebat. Trend terkini adalah darah kacukan Burma atau Pama telah terbukti adalah yang terbaik. Darah Pama telah dikacukkan (Pama Cross) dengan darah Thai, Saigon@ganoi, Pakoy, Brazil, maka terhasil lah baka kacukan Magon (pamasaigon), MaThai dan nama-nama lain. Ayam Pama mempunyai permainan yang unik dimana peratusan ketepatan pukulannya adalah tinggi. Pukulannya yang padu sentiasa kena di bahagian kepala di mana musuh selalunya akan tercabut muncung dan buta matanya. Jalan permainannya yang unik, banyak sepak (Tembak) dan susah mahu masuk belit selain tidak makan pancing (Lock) telah banyak menyebabkan ayam baka asal atau baka batang kaki Bangkok yang terkenal dengan super lock tersungkur di dalam gelanggang. Evolusi Pama telah berlaku di Thailand di mana 90% darah ayam sabung mereka di sana kini adalah dpd kacukan darah ayam Pama. Tetapi R&D mereka tidak terhenti disini sahaja, mereka sentiasa upgrade baka mereka supaya menjadi lebih baik dan kini telah keluar satu baka yang boleh 'challenge' permainan ayam Pama - Baka Batang kaki Ketip Body @ baka 3 darah.

Jagoh Farm sentiasa mengikuti perkembangan dunia ayam sabung dan kami akan sentiasa upgrade baka yang kami ada dari masa ke semasa. Untuk Jualan sentiasalah melihat ke laman Jualan/Sales kami. Kami sentiasa mengiklankan ayam-ayam sama ada drp baka dari Ladang kami atau ayam Import untuk dijual. Kami juga ada menjual peralatan ternakan dan ubat-ubatan. Selamat melayari blog kami dan sebarang pertayaan boleh hubungi kami di talian ini : 013-7116301


Terima Kasih.

JAGOHFARM - Ubat & Peralatan

Untuk mencari ubat-ubatan & peralatan sila layari blog kami - Jagohfarm Ubat & Peralatan yang mengkhususkan untuk jualan ubat-ubatan dan peralatan ayam. Dengan cara ini anda tidak perlu lagi untuk membuka jagohfarm 2010 untuk mencari produk ubat-ubatan sebaliknya hanya dengan membuka blog Jagohfarm Ubat & Peralatan. Semua produk ubat-ubatan dan peralatan untuk keperluan anda terdapat dalam blog ini. Terima kasih atas sokongan anda.
Klik di sini http://jagohfarm-ubatperalatan.blogspot.com/

Payao Killers

Payao Killers
PAYAO KILLERS - Penghulu Reban. 6x Champions ini adalah ayam batang kaki balut dengan rekod 3x bunuh gu di dalam Bon. Jangan tanya gaya permainannya bagaimana kerana senjata utamanya adalah pukulan kakinya yang membuatkan musuhnya lumpuh dan tersungkur hanya dalam 1air sahaja.Ia adalah Pembaka Utama di reban kami. Untuk perkembangan terkini jagohfarm sila layari JGOHFARM 2013 dengan KLIK!!! pada gambar Penghulu Reban kami diatas.

Galeri Jualan Ayam

Galeri Jualan Ayam
TERBARU!!! The Bomb 2 - Untuk jualan ayam Jagohfarm, sila klik! gambar ayam diatas..

JF Eksotik

JF Eksotik
Galeri ternakan ayam eksotik kami. Sila KLIK!!! pada gambar ayam diatas,

Wednesday, August 8, 2012

Naib Penghulu Bertukar Tuan

Esset 9x
7hb Ogos 2012 dengan rasminya Naib Penghulu JF - Esset 9x telah bertukar tuan. Tuan baru Esset 9x sekarang ialah En Aziz Kodiang dari Kedah. Semoga Esset 9x dan Aziz Kodiang akan terus serasi bersama dan menghasilkan zuriat-zuriat bakal Champion dimasa hadapan. Kepada yang inginkan baka Esset 9x bolehlah dapatkannya dari En Aziz Kodiang selepas ini. Good luck untuk En Aziz dan Esset 9x.

Naib Penghulu JF - Dengan rasminya gelaran Naib Penghulu telah diberi kepada Pama King sekarang. Karektornya yang unik, dengan rekod 5x kemenangan dan rangking peminatnya yang tinggi telah melayakkannya untuk menerima gelaran Pembaka no 2 tertinggi JF selepas Penghulu Reban Payao Killers.

Naib Penghulu Baru JF - Pama King

Tuesday, July 31, 2012

Kebun Baka Jagoh Farm

Alhamdulillah kami telah membuka satu lagi breeding farm untuk aktiviti biakbaka kami baru-baru ini. Kebanyakan Pembaka Utama kami akan dipindahkan disini nanti. Selain dari Pembaka-pembaka yang asal, kami juga sedang mencari lagi Champion-champion yang terbaik dari Thailand untuk dibiakbaka di farm kami ini. Antaranya kami sedang menunggu kemasukan Champion berasal dari Payao yang telah 9x memegang belt berdarah Pama+Brazil dimana anak2nya sudah terbukti hebat diarena. Begitu juga dengan induk ibu dimana kebanyakan kami bawa masuk dari Thailand berasal dari  baka terpilih. Dengan variasi baka yang pelbagai ini kami akan buat yang terbaik untuk menghasilkan Jagoh terbilang untuk mewarnai hobi warisan kita. Namun maaf kami pinta kerana kebun baru ini tidak dibuka untuk pelawat atas sebab-sebab keselamatan. Jika ingin melawat dan berkenalan dengan saya kami alu-alukan kedatangan anda di Transit Farm kami yang terletak di Johor Bahru. Tapi kena buat temujanji dahulu... Terima kasih atas sokongan anda semua.

Pembaka bapak TKO 19x bersama ibu baka 15x di rumah barunya. Kerana faktor umur yang agak  sudah Otai ia hanya diberi seekor ibu sahaja yang dlm umur sedang produktif bertekur. Ini bagi menseimbangkan gene baka yang akan menghasilkan anak yang sihat dan kuat.

Pembaka baru Kojak Saigon bersama induk-induk ibu dari darah Magon, 3darah dan Saigon Ori di kebun baru JF.

Bapak Sitam PB6x bersama induk-induk darah Pama, anak TKO 19x dan baka Payao senior.

Ibu pama ori kelabu dan balong pacak bauk sedang mengeram dari baka Sitam PamaBrazil 6x. Ada rezki sebelum raya ni dapat anak la kami..



Pump Station - Dalam umur lancur begini anak-anak muda ini akan dipump dengan makan yang mencukupi dan berkhasiat untuk menjamin pertumbuhan body nya yang baik. Vaksin wajib diberikan untuk mencegah dari penyakit sampar yang kerap menular diera zaman moden sekarang ini.

Thursday, June 14, 2012

Pembaka Baru

Kali ini JF ingin memperkenalkan Pembaka-pembaka baru untuk menambah produk baka berlainan di JF. Jagoh-jagoh terpilih untuk pembakaan ini telah mempunyai rekod kemenangan dari 4x hingga 6x. JF  telah memilih Bapak Saigon Original dan Bapak Brazil Original untuk mendapatkan kembali darah asal mereka selain di cross dengan darah yang berlainan untuk menghasilkan baka yang berkualiti. Insyaalah jika ada rezeki anak-anak dari pembaka-pembaka baru ini akan dapat diperkenalkan selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Kojak 5X Champions


Kojak 5x Champions - Darah Saigon Original 100% ini telah memenangi 5x perlawanan. Permainan tempur tolak rapat dengan pukulan berat, karen di body dan pangkal leher. Saiz 3.7kg, pembaka baru di JF. ( anak bapak Kojak ini ada dibawa masuk dari Thailand untuk jualan. Sila layari di JF galeri jualan )

Sitam Brazil 6X Champions

Sitam Brazil 6x Champions - Darah Pama + Brazil ini telah memenangi 6x perlawanan. Permainan sepak, depan dan serong, anti lock dgn pukulan urat berbisa. Saiz 3.5kg, pembaka baru di JF.

Wednesday, March 7, 2012

Solo at Bangkok

6hb March 2012 - Baru balik dari Bangkok., Penat tapi Best.. Plan nak pegi ngan member, last minute dia bole cancell plak. Rugi la lu Radzi.. Bukan semua orang bole ikut gua.. Trip kali ni agak bagus kerana dapat menbuka lagi peluang baru untuk mendapatkan baka-baka ayam terbaik dari Thailand. Perkenalan dengan Mr Torpong antara pemilik baka terbaik di Bangkok membawa kpd Sifunya seorang Otai Fighting Cocks dan kenalannya Mr Ban Choi seorang kenamaan di Thailand pemilik Chok Ban Cha Farm, antara farm terbesar dan terkenal di Thailand.

Lawatan ke Chok Ban Cha Farm
Hari kedua 4hb March 2012 - Lawatan ke CBCF. Kagum saya melihat sistem pengurusan ladang ayam sabung ini kerana rekabentuknya dan sistem pengrurusannya yang sistematik, satu jenis industri pertenakan ayam laga sepenuhnya. Sistem pengurusan induk, pengeraman, didikan anak, ayam muda, QC, sehinggalah ke ayam matang - train & fight. Terdiri dari pelbagai baka darah Champion nya dimana Induk bapaknya sekurang-kurangnya telah menang 5x keatas di Bon-bon besar dengan nilai betting yang amat banyak. Farm nya juga terkenal dengan ayam laga tercantik di Thailand dimana beliau adalah pemegang title juara ayam sabung tercantik di Thailand.
Sudi-sudikan ikuti laporan bergambar saya - Solo di Bangkok.

Order barang di Pengedar barangan dan ubatan ayam sabung terbesar di Bangkok
Mr Tor & Mr Sak juaranya
6.30 pagi di Kota Bangkok. Selamat pagi Bangkok..
Farm Sifu Mr Tok di Kota Bangkok
Banyak woo.. ayam dia.. Macam2 ada.
Sifu... Tabik spring..
Seorang dpd Juara di Chok Ban Cha Farm. Lupe plak nama dia.. Belakang tu Main Building di CBCF untuk  ayam matang cuci. Ada 3 lagi mcm tu khas untuk ayam cuci, setiap blok ada seorang Juara dan pembantunya. 2 blok reban untuk turun baka lebih kurang 200 kaki setiap blok panjangnya dan 1blok untuk anak ayam selain dari asrama pekerja, kolam ikan dan lapangan untuk ayam remaja. Complete... Ikuti Video Clipnya yg akan saya upload sedikit masa lagi..

Anak ayam dari pelbagai baka berumur 2 bulan.
Ingin baka dari CBCF boleh buat tempahan dengan harga RM250 seekor - umur 2bulan dengan pelbagai baka terbaik dari ladang. Jantan sahaja..
Pendidik anak ayam di CBCF. Bahagian anak ayam cari dia..
Round2 pakai tut-tut di Bangkok. Sengal2 plak rasa badan..
Airport Suvarnabhumi, Bangkok
Nak balik dahhh... Teka apa dalam kotak tu?????
Q tunggu turn nak fly.. good bye Bangkok!!!

Wednesday, February 22, 2012

Anak Payao Killer - Special Edition

Anak muda umur 7-8 bulan ini adalah anak kepada Penghulu Reban Payao Killer dan ibu 3darah Pama+Saigon+Brazil. Ibunya telah mati mengejut ketika membawa anak ayam ini ketika kecil. Baka ibunya terdiri dari baka ayam permainan liar dan lincah berserta buah patah besar. Ada 3 beradik 2 jantan dan 1 betina. Adik beradik jantannya telah difaraid dgn rakan saya tinggal seekor ini sahaja. Ciri-ciri body, kepala dan taji hitam seperti bapak. Permainan belum tahu kerana belum pernah spar lagi. Berat matang boleh mencapai 3.3kg. Bulu kelabu hitam adalah dari baka ibu dan merah itu dari baka PK. Lihat aksi-aksinya..


Adik Betina - Kelabu Besi




Tuesday, January 31, 2012

Jagoh Terhebat

Bulan ini saya ingin memperkenalkan Jagoh terhebat dari Thailand. Ayam batang kaki balut ini berasal dari sebuah farm besar di Chainat, Thailand. Jagoh-jagoh ini telah memenangi banyak kejuaraan di bon-bon besar di Thailand. Antaranya :-

PamaBrazil 15x
PamaBrazil 15x - Jagoh berdarah Pama+Brazil ini telah memenangi 15x kejuaraannya yang kebanyakannya tidak lepas 3air. Permainan kepala lembut, serong kiri kanan dan sepak bila renggang. Senjata utamanya ialah kaki pukul urat yang akan membuat musuhnya lemah sendi dan tidak berdaya untuk melawan. Umur 24bulan dan telah bersara sepenuhnya. Sudah ditempah untuk menjadi Pembaka di Malaysia tidak lama lagi oleh sahabat kita disini. Bakanya boleh ditempah sekiranya ada yang berminat.

PSBrazil 12x 
PSBrazil 12x - Jagoh berdarah Pama+Saigon+Brazil ini telah memenangi 12x kejuaraannya yang juga kebanyakan gamenya tidak lepas 3air. Permainannya sentiasa berubah mengikut rentak permainan lawan dan seperti biasa senjata utamanya ialah kaki bisa atau pukul urat. Umur 20bulan dan telah bersara sepenuhnya. Bakanya boleh ditempah sekiranya ada yang berminat.
Sample anak baka PSBrazil 12x berumur 5-6 bulan. Harga RM450 ternasuk penghantaran di Sem. Malaysia
Kaki Bisa 14x
Kaki Bisa 14x - Jagoh berdarah Pama+Pakoy+Brazil ini telah memenangi 14x kejuaraan dan kejuaraan terbarunya pada 30/1/2012 lepas dengan pertaruhan Bath 110,000 (RM11,000). Permainannya dirahsiakan dahulu kerana ia masih aktif berlaga lagi tetapi seperti namanya, senjata utamanya juga ialah kaki bisa. Umur 15bulan.   Bakanya boleh ditempah sekiranya ada yang berminat.
Sample anak baka Kakibisa 14x berumur 5-6 bulan. Harga RM450 ternasuk penghantaran di Sem. Malaysia

Sunday, January 22, 2012

Pahlawan Hitam & Pahlawan Putih

Ayam Cemani
Pahlawan Hitam ini adalah Ayam cemani anak kpd cemani asal yang kami import dari Palembang. Berumur 8 bulan dan betinanya sudah mula hendak bertelur. Lihat karektor jantanya yang ganazz dan berkarisma.

Ayam Hutan Puteh
Pahlawan Puteh ini adalah ayam hutan kacuk selapis. Bapaknya adalah ayam hutan asli yang berkawan dengan ayam hutan kacuk ibunya. Yang peliknya bapak dan ibunya berwarna ayam hutan biasa iaitu merah dan coklat, tetapi anaknya ini berwarna putih mulus. Kami dapatkannya dari seorang rakan yang duduk di jauh pendalaman. Kami sedang cuba untuk membiakkannya.