Alhamdulillah kami telah membuka satu lagi breeding farm untuk aktiviti biakbaka kami baru-baru ini. Kebanyakan Pembaka Utama kami akan dipindahkan disini nanti. Selain dari Pembaka-pembaka yang asal, kami juga sedang mencari lagi Champion-champion yang terbaik dari Thailand untuk dibiakbaka di farm kami ini. Antaranya kami sedang menunggu kemasukan Champion berasal dari Payao yang telah 9x memegang belt berdarah Pama+Brazil dimana anak2nya sudah terbukti hebat diarena. Begitu juga dengan induk ibu dimana kebanyakan kami bawa masuk dari Thailand berasal dari baka terpilih. Dengan variasi baka yang pelbagai ini kami akan buat yang terbaik untuk menghasilkan Jagoh terbilang untuk mewarnai hobi warisan kita. Namun maaf kami pinta kerana kebun baru ini tidak dibuka untuk pelawat atas sebab-sebab keselamatan. Jika ingin melawat dan berkenalan dengan saya kami alu-alukan kedatangan anda di Transit Farm kami yang terletak di Johor Bahru. Tapi kena buat temujanji dahulu... Terima kasih atas sokongan anda semua.
Pembaka bapak TKO 19x bersama ibu baka 15x di rumah barunya. Kerana faktor umur yang agak sudah Otai ia hanya diberi seekor ibu sahaja yang dlm umur sedang produktif bertekur. Ini bagi menseimbangkan gene baka yang akan menghasilkan anak yang sihat dan kuat.
Pembaka baru Kojak Saigon bersama induk-induk ibu dari darah Magon, 3darah dan Saigon Ori di kebun baru JF.
Bapak Sitam PB6x bersama induk-induk darah Pama, anak TKO 19x dan baka Payao senior.
Ibu pama ori kelabu dan balong pacak bauk sedang mengeram dari baka Sitam PamaBrazil 6x. Ada rezki sebelum raya ni dapat anak la kami..
Pump Station - Dalam umur lancur begini anak-anak muda ini akan dipump dengan makan yang mencukupi dan berkhasiat untuk menjamin pertumbuhan body nya yang baik. Vaksin wajib diberikan untuk mencegah dari penyakit sampar yang kerap menular diera zaman moden sekarang ini.