Bapak Jagoh - 19x Champions ini berdarah Siam+Saigon berasal dari Parachuap, Thailand telah memenangi 19x kejuaraan di Parachuap, Golok dan Bangkok. Mempunyai buah patah besar yang akan membuat musuh tidak pulih dan tidak bangun.. Kebanyakan belaganya tidak lepas 3 air dan banyak kemenangannya hanya 1air sahaja. Tidak boleh kena sakit, dia akan balas dengan buah patahnya . Umur hampir 30 bulan dan telah bersara sepenuh masa. Anak-anaknya kita pernah membawa masuk ke Malaysia pada suatu ketika dahulu.
Jagohfarm telah lama menawarkan untuk membeli Bapak Jagoh ini tetapi ownernya belum mahu menjualnya. Tetapi Alhamdulillah baru ini ownernya telah terbuka hati untuk menjualnya kpd saya. Sekarang ia telah menjadi pembaka utama di JF dan buat masa ini kami turunkan bakanya di transit farm kami di Thailand.
Selamat Datang Ke Jagohfarm
SELAMAT DATANG KE JAGOHFARM
Kami adalah pembaka kepada pelbagai jenis spesis ayam dan unggas. Tetapi buat masa ini kami lebih fokus kepada spesis ayam sabung. Baka-baka yang kami proses adalah terdiri drp baka-baka terpilih samada drp baka dalam negara kita (Local) atau dari Thailand.
Karektor ayam sabung yang menyerlahkan karisma dan kegagahannya telah membuatkan ia diminati ramai terutama kpd kaum Adam yang memang mempunyai sifat-sifat kepahlawanan. Pemilihan ayam sabung yang baik meliputi pelbagai aspek bermula dgn baka susurgalurnya, fizikal yang mempunyai karektor atau tulang yang kukuh, warna bulu melibatkan tinggi rendah bangsa ayam itu, sisek bak orang tua-tua berkata "tuah ayam nampak di kaki" dan berbagai lagi.
Dunia Moden Ayam Sabung juga telah mengalami satu perubahan yang besar. Pada masa ini terdapat pelbagai jenis baka kacukan untuk mendapatkan satu baka yang benar-benar hebat. Trend terkini adalah darah kacukan Burma atau Pama telah terbukti adalah yang terbaik. Darah Pama telah dikacukkan (Pama Cross) dengan darah Thai, Saigon@ganoi, Pakoy, Brazil, maka terhasil lah baka kacukan Magon (pamasaigon), MaThai dan nama-nama lain. Ayam Pama mempunyai permainan yang unik dimana peratusan ketepatan pukulannya adalah tinggi. Pukulannya yang padu sentiasa kena di bahagian kepala di mana musuh selalunya akan tercabut muncung dan buta matanya. Jalan permainannya yang unik, banyak sepak (Tembak) dan susah mahu masuk belit selain tidak makan pancing (Lock) telah banyak menyebabkan ayam baka asal atau baka batang kaki Bangkok yang terkenal dengan super lock tersungkur di dalam gelanggang. Evolusi Pama telah berlaku di Thailand di mana 90% darah ayam sabung mereka di sana kini adalah dpd kacukan darah ayam Pama. Tetapi R&D mereka tidak terhenti disini sahaja, mereka sentiasa upgrade baka mereka supaya menjadi lebih baik dan kini telah keluar satu baka yang boleh 'challenge' permainan ayam Pama - Baka Batang kaki Ketip Body @ baka 3 darah.
Jagoh Farm sentiasa mengikuti perkembangan dunia ayam sabung dan kami akan sentiasa upgrade baka yang kami ada dari masa ke semasa. Untuk Jualan sentiasalah melihat ke laman Jualan/Sales kami. Kami sentiasa mengiklankan ayam-ayam sama ada drp baka dari Ladang kami atau ayam Import untuk dijual. Kami juga ada menjual peralatan ternakan dan ubat-ubatan. Selamat melayari blog kami dan sebarang pertayaan boleh hubungi kami di talian ini : 013-7116301
Terima Kasih.
JAGOHFARM - Ubat & Peralatan
Untuk mencari ubat-ubatan & peralatan sila layari blog kami - Jagohfarm Ubat & Peralatan yang mengkhususkan untuk jualan ubat-ubatan dan peralatan ayam. Dengan cara ini anda tidak perlu lagi untuk membuka jagohfarm 2010 untuk mencari produk ubat-ubatan sebaliknya hanya dengan membuka blog Jagohfarm Ubat & Peralatan. Semua produk ubat-ubatan dan peralatan untuk keperluan anda terdapat dalam blog ini. Terima kasih atas sokongan anda.