Selamat Datang Ke Jagohfarm

SELAMAT DATANG KE JAGOHFARM

Kami adalah pembaka kepada pelbagai jenis spesis ayam dan unggas. Tetapi buat masa ini kami lebih fokus kepada spesis ayam sabung. Baka-baka yang kami proses adalah terdiri drp baka-baka terpilih samada drp baka dalam negara kita (Local) atau dari Thailand.

Karektor ayam sabung yang menyerlahkan karisma dan kegagahannya telah membuatkan ia diminati ramai terutama kpd kaum Adam yang memang mempunyai sifat-sifat kepahlawanan. Pemilihan ayam sabung yang baik meliputi pelbagai aspek bermula dgn baka susurgalurnya, fizikal yang mempunyai karektor atau tulang yang kukuh, warna bulu melibatkan tinggi rendah bangsa ayam itu, sisek bak orang tua-tua berkata "tuah ayam nampak di kaki" dan berbagai lagi.

Dunia Moden Ayam Sabung juga telah mengalami satu perubahan yang besar. Pada masa ini terdapat pelbagai jenis baka kacukan untuk mendapatkan satu baka yang benar-benar hebat. Trend terkini adalah darah kacukan Burma atau Pama telah terbukti adalah yang terbaik. Darah Pama telah dikacukkan (Pama Cross) dengan darah Thai, Saigon@ganoi, Pakoy, Brazil, maka terhasil lah baka kacukan Magon (pamasaigon), MaThai dan nama-nama lain. Ayam Pama mempunyai permainan yang unik dimana peratusan ketepatan pukulannya adalah tinggi. Pukulannya yang padu sentiasa kena di bahagian kepala di mana musuh selalunya akan tercabut muncung dan buta matanya. Jalan permainannya yang unik, banyak sepak (Tembak) dan susah mahu masuk belit selain tidak makan pancing (Lock) telah banyak menyebabkan ayam baka asal atau baka batang kaki Bangkok yang terkenal dengan super lock tersungkur di dalam gelanggang. Evolusi Pama telah berlaku di Thailand di mana 90% darah ayam sabung mereka di sana kini adalah dpd kacukan darah ayam Pama. Tetapi R&D mereka tidak terhenti disini sahaja, mereka sentiasa upgrade baka mereka supaya menjadi lebih baik dan kini telah keluar satu baka yang boleh 'challenge' permainan ayam Pama - Baka Batang kaki Ketip Body @ baka 3 darah.

Jagoh Farm sentiasa mengikuti perkembangan dunia ayam sabung dan kami akan sentiasa upgrade baka yang kami ada dari masa ke semasa. Untuk Jualan sentiasalah melihat ke laman Jualan/Sales kami. Kami sentiasa mengiklankan ayam-ayam sama ada drp baka dari Ladang kami atau ayam Import untuk dijual. Kami juga ada menjual peralatan ternakan dan ubat-ubatan. Selamat melayari blog kami dan sebarang pertayaan boleh hubungi kami di talian ini : 013-7116301


Terima Kasih.

JAGOHFARM - Ubat & Peralatan

Untuk mencari ubat-ubatan & peralatan sila layari blog kami - Jagohfarm Ubat & Peralatan yang mengkhususkan untuk jualan ubat-ubatan dan peralatan ayam. Dengan cara ini anda tidak perlu lagi untuk membuka jagohfarm 2010 untuk mencari produk ubat-ubatan sebaliknya hanya dengan membuka blog Jagohfarm Ubat & Peralatan. Semua produk ubat-ubatan dan peralatan untuk keperluan anda terdapat dalam blog ini. Terima kasih atas sokongan anda.
Klik di sini http://jagohfarm-ubatperalatan.blogspot.com/

Payao Killers

Payao Killers
PAYAO KILLERS - Penghulu Reban. 6x Champions ini adalah ayam batang kaki balut dengan rekod 3x bunuh gu di dalam Bon. Jangan tanya gaya permainannya bagaimana kerana senjata utamanya adalah pukulan kakinya yang membuatkan musuhnya lumpuh dan tersungkur hanya dalam 1air sahaja.Ia adalah Pembaka Utama di reban kami. Untuk perkembangan terkini jagohfarm sila layari JGOHFARM 2013 dengan KLIK!!! pada gambar Penghulu Reban kami diatas.

Galeri Jualan Ayam

Galeri Jualan Ayam
TERBARU!!! The Bomb 2 - Untuk jualan ayam Jagohfarm, sila klik! gambar ayam diatas..

JF Eksotik

JF Eksotik
Galeri ternakan ayam eksotik kami. Sila KLIK!!! pada gambar ayam diatas,

Thursday, August 18, 2011

Induk Baru

Sebelum ini kami amat jarang memperkenalkan Induk-induk betina JF. Ini adalah atas sebab-sebab tertentu terutamanya dari segi faktor keselamatan. Induk-induk betina kami kebanyakan diimport sepenuhnya. Pemilihan biasanya akan diambil dari sejarah Jagoh yang pernah kami bawa masuk dan memang telah terbukti hebat. Contohnya Esset 9x hebat, maka seboleh2nya kita akan mendapatkan betina dari bakanya. Selalunya ibu asal memang owner tidak akan lepaskan, tetapi kita akan ambil adik beradik betinanya.

Kita juga ada menggunakan ibu-ibu local breed - Genersi Kedua dimana anak-anak betina dari baka yang diperturun akan dipilih dan dijadikan ibu pelapis dan juga sebagai Tabung Baka @ waris darah bapaknya. Selepas di restruktur semula baka-baka kita, buat masa ini ibu dari keturunan tempatan (local breed) kita hanya baru di peringkat Generasi Kedua.

Ok kali ini kita ingin memperkenalkan 3ekor Induk baru yang baru dibawa masuk pada 15/8/2011. Ibu-ibu ini datngnya dari 3farm yang berlainan. Bukan untuk jualan hanya untuk penglipur lara sementara menunggu waktu berbuka puasa. Tq

Medusa
Medusa - Induk ini adalah adik kepada Induk kami Black Mamba 1j. Darah Pama+Brazil berumur 13bulan. Sejarah nama 1juta ni berasal apabila adik beradik jantan ibu Black Mamba saya menang di Bon Bodansa bon terbesar di Thailand dengan pertaruhan 1juta Bath (RM100,000). Speciality baka ini - Kaki Kena, Bisa. Perhatikan mukanya yang bengis mcm emak tiri dlm cerita bawang putih bawang merah...

Esset 11k
Esset 11k - Induk ini adalah adik beradik kepada salah seekor Jagoh yang kami bawa masuk - Esset 4x yang pernah memenangi pertarungan di Hatyai dengan jumlah taruhan RM11k (1air 15min.) iaitu pertarungan ketiganya. Kemenangan keduanya di Songkla telah membunuh gunya dlm 1air lebih juga. Pertarungan keempatnya berlangsung disini dengan kemenangan juga 1air lebih . Darah Pama+Brazil berumur 13bulan.

Chow Payok - Thunder Fighters
Chow Payok - Induk ini adalah dari baka yang memang selalu kita bawa masuk abang-abangnya dimana banyak yang telah memenangi game disini. Rekod abangnya pernah menang sehingga 7x bon disini dan masih lagi sedang terus beraksi. Darah Pama+Brazil berumur 13bulan.