Selamat Datang Ke Jagohfarm

SELAMAT DATANG KE JAGOHFARM

Kami adalah pembaka kepada pelbagai jenis spesis ayam dan unggas. Tetapi buat masa ini kami lebih fokus kepada spesis ayam sabung. Baka-baka yang kami proses adalah terdiri drp baka-baka terpilih samada drp baka dalam negara kita (Local) atau dari Thailand.

Karektor ayam sabung yang menyerlahkan karisma dan kegagahannya telah membuatkan ia diminati ramai terutama kpd kaum Adam yang memang mempunyai sifat-sifat kepahlawanan. Pemilihan ayam sabung yang baik meliputi pelbagai aspek bermula dgn baka susurgalurnya, fizikal yang mempunyai karektor atau tulang yang kukuh, warna bulu melibatkan tinggi rendah bangsa ayam itu, sisek bak orang tua-tua berkata "tuah ayam nampak di kaki" dan berbagai lagi.

Dunia Moden Ayam Sabung juga telah mengalami satu perubahan yang besar. Pada masa ini terdapat pelbagai jenis baka kacukan untuk mendapatkan satu baka yang benar-benar hebat. Trend terkini adalah darah kacukan Burma atau Pama telah terbukti adalah yang terbaik. Darah Pama telah dikacukkan (Pama Cross) dengan darah Thai, Saigon@ganoi, Pakoy, Brazil, maka terhasil lah baka kacukan Magon (pamasaigon), MaThai dan nama-nama lain. Ayam Pama mempunyai permainan yang unik dimana peratusan ketepatan pukulannya adalah tinggi. Pukulannya yang padu sentiasa kena di bahagian kepala di mana musuh selalunya akan tercabut muncung dan buta matanya. Jalan permainannya yang unik, banyak sepak (Tembak) dan susah mahu masuk belit selain tidak makan pancing (Lock) telah banyak menyebabkan ayam baka asal atau baka batang kaki Bangkok yang terkenal dengan super lock tersungkur di dalam gelanggang. Evolusi Pama telah berlaku di Thailand di mana 90% darah ayam sabung mereka di sana kini adalah dpd kacukan darah ayam Pama. Tetapi R&D mereka tidak terhenti disini sahaja, mereka sentiasa upgrade baka mereka supaya menjadi lebih baik dan kini telah keluar satu baka yang boleh 'challenge' permainan ayam Pama - Baka Batang kaki Ketip Body @ baka 3 darah.

Jagoh Farm sentiasa mengikuti perkembangan dunia ayam sabung dan kami akan sentiasa upgrade baka yang kami ada dari masa ke semasa. Untuk Jualan sentiasalah melihat ke laman Jualan/Sales kami. Kami sentiasa mengiklankan ayam-ayam sama ada drp baka dari Ladang kami atau ayam Import untuk dijual. Kami juga ada menjual peralatan ternakan dan ubat-ubatan. Selamat melayari blog kami dan sebarang pertayaan boleh hubungi kami di talian ini : 013-7116301


Terima Kasih.

JAGOHFARM - Ubat & Peralatan

Untuk mencari ubat-ubatan & peralatan sila layari blog kami - Jagohfarm Ubat & Peralatan yang mengkhususkan untuk jualan ubat-ubatan dan peralatan ayam. Dengan cara ini anda tidak perlu lagi untuk membuka jagohfarm 2010 untuk mencari produk ubat-ubatan sebaliknya hanya dengan membuka blog Jagohfarm Ubat & Peralatan. Semua produk ubat-ubatan dan peralatan untuk keperluan anda terdapat dalam blog ini. Terima kasih atas sokongan anda.
Klik di sini http://jagohfarm-ubatperalatan.blogspot.com/

Payao Killers

Payao Killers
PAYAO KILLERS - Penghulu Reban. 6x Champions ini adalah ayam batang kaki balut dengan rekod 3x bunuh gu di dalam Bon. Jangan tanya gaya permainannya bagaimana kerana senjata utamanya adalah pukulan kakinya yang membuatkan musuhnya lumpuh dan tersungkur hanya dalam 1air sahaja.Ia adalah Pembaka Utama di reban kami. Untuk perkembangan terkini jagohfarm sila layari JGOHFARM 2013 dengan KLIK!!! pada gambar Penghulu Reban kami diatas.

Galeri Jualan Ayam

Galeri Jualan Ayam
TERBARU!!! The Bomb 2 - Untuk jualan ayam Jagohfarm, sila klik! gambar ayam diatas..

JF Eksotik

JF Eksotik
Galeri ternakan ayam eksotik kami. Sila KLIK!!! pada gambar ayam diatas,

Friday, July 1, 2011

Jagohfarm Fighters - Jun 2011

Pada bulan Jun yang lalu Jagohfarm telah membawa masuk Jagoh-jagoh yang antaranya telah mempunyai rekod dari 1x - 10x perlawanan. Kebanyakan Jagoh-jagoh ini telah bertuan dan ada yang telah masuk ke gelanggang. Kami telah banyak mendapat feedback dari sahabat semua yang inginkan cerita baru dari Jagohfarm dan pada kali ini kami menampilkan sebahagian dari Jagoh-jagoh tersebut untuk halwa mata sahabat semua. Terima Kasih atas sokongan anda.

Pakoy Trat - 7x
 Pakoy Trat - Darah Pakoy + darah asal Raja Siam. Telah memenangi 7x perlawanan dengan rekod 2x bunuh ayam di dalam Bon. Sekarang adalah Pembaka Tetap di Jagohfarm.

 Magon 3x

 Karabau Hijau Pama+Pakoy

 Karabau Hijau Pama+Pakoy

 Esset 4x - Adik Esset 9x

 Eche the Killer

 Saigon/Ganoi

 3 darah 2x Champs

 Rinting Api

 Pama+Brazil

 Pama Reverse

 3 darah

 Pama+Pakoy

 Pakoy 1x Champ