Selamat Datang Ke Jagohfarm

SELAMAT DATANG KE JAGOHFARM

Kami adalah pembaka kepada pelbagai jenis spesis ayam dan unggas. Tetapi buat masa ini kami lebih fokus kepada spesis ayam sabung. Baka-baka yang kami proses adalah terdiri drp baka-baka terpilih samada drp baka dalam negara kita (Local) atau dari Thailand.

Karektor ayam sabung yang menyerlahkan karisma dan kegagahannya telah membuatkan ia diminati ramai terutama kpd kaum Adam yang memang mempunyai sifat-sifat kepahlawanan. Pemilihan ayam sabung yang baik meliputi pelbagai aspek bermula dgn baka susurgalurnya, fizikal yang mempunyai karektor atau tulang yang kukuh, warna bulu melibatkan tinggi rendah bangsa ayam itu, sisek bak orang tua-tua berkata "tuah ayam nampak di kaki" dan berbagai lagi.

Dunia Moden Ayam Sabung juga telah mengalami satu perubahan yang besar. Pada masa ini terdapat pelbagai jenis baka kacukan untuk mendapatkan satu baka yang benar-benar hebat. Trend terkini adalah darah kacukan Burma atau Pama telah terbukti adalah yang terbaik. Darah Pama telah dikacukkan (Pama Cross) dengan darah Thai, Saigon@ganoi, Pakoy, Brazil, maka terhasil lah baka kacukan Magon (pamasaigon), MaThai dan nama-nama lain. Ayam Pama mempunyai permainan yang unik dimana peratusan ketepatan pukulannya adalah tinggi. Pukulannya yang padu sentiasa kena di bahagian kepala di mana musuh selalunya akan tercabut muncung dan buta matanya. Jalan permainannya yang unik, banyak sepak (Tembak) dan susah mahu masuk belit selain tidak makan pancing (Lock) telah banyak menyebabkan ayam baka asal atau baka batang kaki Bangkok yang terkenal dengan super lock tersungkur di dalam gelanggang. Evolusi Pama telah berlaku di Thailand di mana 90% darah ayam sabung mereka di sana kini adalah dpd kacukan darah ayam Pama. Tetapi R&D mereka tidak terhenti disini sahaja, mereka sentiasa upgrade baka mereka supaya menjadi lebih baik dan kini telah keluar satu baka yang boleh 'challenge' permainan ayam Pama - Baka Batang kaki Ketip Body @ baka 3 darah.

Jagoh Farm sentiasa mengikuti perkembangan dunia ayam sabung dan kami akan sentiasa upgrade baka yang kami ada dari masa ke semasa. Untuk Jualan sentiasalah melihat ke laman Jualan/Sales kami. Kami sentiasa mengiklankan ayam-ayam sama ada drp baka dari Ladang kami atau ayam Import untuk dijual. Kami juga ada menjual peralatan ternakan dan ubat-ubatan. Selamat melayari blog kami dan sebarang pertayaan boleh hubungi kami di talian ini : 013-7116301


Terima Kasih.

JAGOHFARM - Ubat & Peralatan

Untuk mencari ubat-ubatan & peralatan sila layari blog kami - Jagohfarm Ubat & Peralatan yang mengkhususkan untuk jualan ubat-ubatan dan peralatan ayam. Dengan cara ini anda tidak perlu lagi untuk membuka jagohfarm 2010 untuk mencari produk ubat-ubatan sebaliknya hanya dengan membuka blog Jagohfarm Ubat & Peralatan. Semua produk ubat-ubatan dan peralatan untuk keperluan anda terdapat dalam blog ini. Terima kasih atas sokongan anda.
Klik di sini http://jagohfarm-ubatperalatan.blogspot.com/

Payao Killers

Payao Killers
PAYAO KILLERS - Penghulu Reban. 6x Champions ini adalah ayam batang kaki balut dengan rekod 3x bunuh gu di dalam Bon. Jangan tanya gaya permainannya bagaimana kerana senjata utamanya adalah pukulan kakinya yang membuatkan musuhnya lumpuh dan tersungkur hanya dalam 1air sahaja.Ia adalah Pembaka Utama di reban kami. Untuk perkembangan terkini jagohfarm sila layari JGOHFARM 2013 dengan KLIK!!! pada gambar Penghulu Reban kami diatas.

Galeri Jualan Ayam

Galeri Jualan Ayam
TERBARU!!! The Bomb 2 - Untuk jualan ayam Jagohfarm, sila klik! gambar ayam diatas..

JF Eksotik

JF Eksotik
Galeri ternakan ayam eksotik kami. Sila KLIK!!! pada gambar ayam diatas,

Wednesday, March 9, 2011

Jagoh Fighters

 Ayam Baru Sampai!!!
Pagi 9.30am 26 Mac 2011. 3 ekor baru sampai dari Thailand. Berasal dari Korat Thailand.
Pakoy Cross 1x
Pakoy Cross 1x - Darah Pakoy Siam telah memenangi 1x perlawanan. 3.3kg. Teknik tempur - Mud, Mad, Kap, Lock. Ayam jalan kepala lincah selam, kilas, serong, lock dan kap body pukul body dan kepala.Kaki berat dan menumpaskan musuhnya dlm 1 air shj. Ayam siap cuci. SOLD
Kaki Pakoy Cross SOLD

Pama Chiangtung
Pama Chiangtung - Darah Pama 100%. 2.9kg. Teknik tempur - Sepak, kaki rajin & padu pukul kepala muncung & mata. Ayam siap cuci.



Kaki Pama Chiangtung

Pama Kuning
Pama Kuning - Darah Pama 100%. 2.9kg. Teknik tempur - Sepak, Kaki Rajin & padu, pukul kepala muncung & mata
Kaki Pama Kuning


Rasanya lama dah saya tak upload gambar ayam terbaru di reban kami. Bukan x de ayam masuk tapi kebanyakan ayam yang masuk telah di booking atau ayam order dr sahabat semua. Pada kali ini saya telah upload Fighters2 yang  kebanyakannya telah separuh jalan cuci dan ada yang telah siap untuk bertarung. Ayam berasal dari beberapa tempat di Thailand seperti Nakhon Nayok, Nakhon Sawan, Suphanburi, Korat, Bangkok dan beberapa tempat lagi. Bersama ini juga saya sertakan video clip untuk melihat teknik-teknik tempur jagoh-jagoh ini. Kepada sahabat2 yang berminat untuk memiliki boleh terus hubungi saya di talian ini :-
016-718 6301. Terima Kasih
 PSB 1x
PSB 1x - Darah Pama+Saigon+Brazil telah memenangi 1x perlawanan. 3.2kg. Teknik tempur - pukul kiri kanan dan depan. Kaki bisa  SOLD


 PJ - Reverse
PJ Reverse - Darah Pama+Jepun. 3.2kg. Teknik tempur - tembak gostan. Pukul kepala kaki cun
Pama Jepun Reverse vs Nakhon Sawan

Pama Ori Merah
Pama Ori Merah - Darah Pama 100% 2.9kg. Teknik tempur - Pukulan mantap dan tepat sepak depan. Pukul kepala muncung & mata.
VS
Jalak PBS 1x
Jalak PSB 1x - Darah Pama+Saigon+Brazil telah memenangi 1x perlawanan. 2.9kg. Teknik tempur - Pukulan depan dan serong yang mantap dan tepat kepala lembut Joget, lari sepak bila kena tekan.Pukul kepala muncung & mata.   SOLD
Jalak PBS 1x vs pama Ori Merah

Pama Ara Bongkoi
Pama Ara Bongkoi - Darah Pama 100%. 2.9kg. Teknik tempur - Sepak Reverse, pukul kepala muncung & mata. SOLD
 VS
Pama Uban - Lau
Pamakoy Uban - Darah Pama + Pakoy. 3.0kg. Teknik tempur Unik - Lari lock, ketip body pukul body khas untuk membunuh Pama. SOLD
Pamakoy Uban the Pama Killers vs Pama Bongkoi
Pama Maseriang
Pama Maseriang - Darah baru upgrade telah memenangi 1x perlawanan. 3.2kg. Teknik tempur - Pukulan mantap dan sakit permainan kiri kanan dan depan. SOLD
VS
Kelabu GonThai 1x
Kelabu GonThai1x - Darah Siam+Saigon telah memenangi 1x perlawanan. 3.1kg. Teknik tempur -  Pukulan padu serong, ketip serta lock. SOLD


Pama Maseriang vs Kelabu GonThai

Magon 3x
Magon 3x - Darah Pama+Saigon telah memenangi 3x perlawanan. 3.3kg. Teknik tempur - Sepak depan kaki berat. SOLD

Pakoy Ori Rinting

Pakoy Ori Rinting 1x - Darah Pakoy 100% baru siap sekali bulu telah memenangi 1x perlawanan. 3.3kg. Teknik tempur - Ketip dan pukul body kilas, lock & serong tidak cari kepala. Sangat sesuai untuk pembakaan dan masih boleh bertarung jika diberi penjagaan khusus.
VS
 Magon Sitam jalak 1x
Magon Sitam Jalak 1x - Darah Pama+Saigon baru siap sekali bulu telah memenangi 1x perlawanan. 3.4kg. Teknik tempur - Sepak depan pukul tekak ketip dan pukul body kaki cepat & berat.
Magon Sitam Jalak vs Rinting Pakoy
Merah MaThai
Merah MaThai - Darah Pama + Siam. 2.9kg. Teknik tempur - Tempur kilas dan depan dgn pukulan padu di badan dan kepala.