Selamat Datang Ke Jagohfarm

SELAMAT DATANG KE JAGOHFARM

Kami adalah pembaka kepada pelbagai jenis spesis ayam dan unggas. Tetapi buat masa ini kami lebih fokus kepada spesis ayam sabung. Baka-baka yang kami proses adalah terdiri drp baka-baka terpilih samada drp baka dalam negara kita (Local) atau dari Thailand.

Karektor ayam sabung yang menyerlahkan karisma dan kegagahannya telah membuatkan ia diminati ramai terutama kpd kaum Adam yang memang mempunyai sifat-sifat kepahlawanan. Pemilihan ayam sabung yang baik meliputi pelbagai aspek bermula dgn baka susurgalurnya, fizikal yang mempunyai karektor atau tulang yang kukuh, warna bulu melibatkan tinggi rendah bangsa ayam itu, sisek bak orang tua-tua berkata "tuah ayam nampak di kaki" dan berbagai lagi.

Dunia Moden Ayam Sabung juga telah mengalami satu perubahan yang besar. Pada masa ini terdapat pelbagai jenis baka kacukan untuk mendapatkan satu baka yang benar-benar hebat. Trend terkini adalah darah kacukan Burma atau Pama telah terbukti adalah yang terbaik. Darah Pama telah dikacukkan (Pama Cross) dengan darah Thai, Saigon@ganoi, Pakoy, Brazil, maka terhasil lah baka kacukan Magon (pamasaigon), MaThai dan nama-nama lain. Ayam Pama mempunyai permainan yang unik dimana peratusan ketepatan pukulannya adalah tinggi. Pukulannya yang padu sentiasa kena di bahagian kepala di mana musuh selalunya akan tercabut muncung dan buta matanya. Jalan permainannya yang unik, banyak sepak (Tembak) dan susah mahu masuk belit selain tidak makan pancing (Lock) telah banyak menyebabkan ayam baka asal atau baka batang kaki Bangkok yang terkenal dengan super lock tersungkur di dalam gelanggang. Evolusi Pama telah berlaku di Thailand di mana 90% darah ayam sabung mereka di sana kini adalah dpd kacukan darah ayam Pama. Tetapi R&D mereka tidak terhenti disini sahaja, mereka sentiasa upgrade baka mereka supaya menjadi lebih baik dan kini telah keluar satu baka yang boleh 'challenge' permainan ayam Pama - Baka Batang kaki Ketip Body @ baka 3 darah.

Jagoh Farm sentiasa mengikuti perkembangan dunia ayam sabung dan kami akan sentiasa upgrade baka yang kami ada dari masa ke semasa. Untuk Jualan sentiasalah melihat ke laman Jualan/Sales kami. Kami sentiasa mengiklankan ayam-ayam sama ada drp baka dari Ladang kami atau ayam Import untuk dijual. Kami juga ada menjual peralatan ternakan dan ubat-ubatan. Selamat melayari blog kami dan sebarang pertayaan boleh hubungi kami di talian ini : 013-7116301


Terima Kasih.

JAGOHFARM - Ubat & Peralatan

Untuk mencari ubat-ubatan & peralatan sila layari blog kami - Jagohfarm Ubat & Peralatan yang mengkhususkan untuk jualan ubat-ubatan dan peralatan ayam. Dengan cara ini anda tidak perlu lagi untuk membuka jagohfarm 2010 untuk mencari produk ubat-ubatan sebaliknya hanya dengan membuka blog Jagohfarm Ubat & Peralatan. Semua produk ubat-ubatan dan peralatan untuk keperluan anda terdapat dalam blog ini. Terima kasih atas sokongan anda.
Klik di sini http://jagohfarm-ubatperalatan.blogspot.com/

Payao Killers

Payao Killers
PAYAO KILLERS - Penghulu Reban. 6x Champions ini adalah ayam batang kaki balut dengan rekod 3x bunuh gu di dalam Bon. Jangan tanya gaya permainannya bagaimana kerana senjata utamanya adalah pukulan kakinya yang membuatkan musuhnya lumpuh dan tersungkur hanya dalam 1air sahaja.Ia adalah Pembaka Utama di reban kami. Untuk perkembangan terkini jagohfarm sila layari JGOHFARM 2013 dengan KLIK!!! pada gambar Penghulu Reban kami diatas.

Galeri Jualan Ayam

Galeri Jualan Ayam
TERBARU!!! The Bomb 2 - Untuk jualan ayam Jagohfarm, sila klik! gambar ayam diatas..

JF Eksotik

JF Eksotik
Galeri ternakan ayam eksotik kami. Sila KLIK!!! pada gambar ayam diatas,

Monday, December 5, 2011

Pembaka Baru - Pama King 5x

Pama King diberi nama kerana balongnya yang unik dan warna bulu kuning keemasannya ditambah dengan rekod kemenangan pertarungan sebanyak 5x, melengkapkan ia seumpama raja dari segala Pama. Permainan tembak dan lau dekat berserta buah serta tidak mahu masuk belit satu permainan yang unik dan suksr dicari bagi ayam yang bersaiz sepertinya 3.3kg.
Setelah menghadapi beberapa masalah untuk memilikinya Alhamdulillah akhirnya ia dapat juga dibawa ke reban kami. Kami bercadang untuk menjadikannya Pembaka Utama dalam kami meningkatkan kualiti dan variasi baka dari reban kami.

Pama King
Pembaka Baru - Pama King 5x Champions




Pikat Ayam Hutan Di Cari!!!
Saya ingin mencari pikat ayam hutan yang cantik dan baka baik@membunuh.  Spesifikasi permainannya mestilah ayam tepuk, kokok sedap kalau boleh kokok tarik( tengah bergetar panjang...) dan ada tembak/reju. Spesifikasi fisikalnya pula, telinga mesti besar putih tebal mcm duit 50sen. Balong Eche lagi besar lagi bagus, badan bulat tegap. Contoh ayam yang saya cari adalah seperti gambar ayam dibawah. Jika anda ada mempunyai calon2 yang saya cari, bolehlah SMS saya di talian 0137116301.






 
Telinga tebal putih 50sen, balong besar badan tegap, bulat.

Saya juga ingin mencari ayam hutan yang unik seperti :-
1. Bulu Jalak
2. Bulu Putih
3. Bulu Borek dan lain2 yang pelik dan unik.


Thursday, November 24, 2011

Sunday, November 13, 2011

Pembaka Jagohfarm - Updated 2011

Jagohfarm ingin memperkenalkan Pembaka kami yang terdiri dari Fighters2 yang telah mempunyai rekod yang baik. Induk ibu juga terdiri dari ibu pilihan samada diImport dari Thailand dan juga anak benih dari reban kami sendiri. Buat masa ini anak-anak baka kami juga telah banyak menjadi juara di bon2 sekitar Malaysia terutama anak Penghulu Reban kami Payao Killers.

Penghulu Reban - Payao Killers  (Baka Batang Kaki Balut)
Penghulu Reban - Payao Killers - Pembaka Utama direban kami dengan rekod 6x kemenangan dan 3x bunuh musuh didalam game terakhirnya. Baka Payao ini biasanya mempunyai pukulan yang amat kuat dan tepat. Ia membunuh musuhnya dengan tikaman di telinga. Walaupun tajinya dibalut tetapi tunggul balut bila kena tepat ditelinga telah membuat musuhnya tumbang. Darah Pama+Pakoy+Trat


Naib Penghulu - Esset 9x             (Baka Batang Kaki Balut)
Natb Penghulu Reban - Esset 9x - Pembaka Utama ini mempunyai 9x rekod kemenanagan. Selain dari rekod yang baik ia juga mempunyai karektor yang gagah. Ekor buluhnya, keras dan tegak serta lebar agak sukar untuk mencari ekor seperti ini sekarang, terutama pada ayam batang kaki. Darah Pama+Brazil+Trat

Hijau Makoy - 5x                          (Baka Batang Kaki Balut)
Hijau Makoy -  Mempunyai rekod 5x kemenangan dengan permainan ayam jalan tempur dan ketip body. Darah Pama+Pakoy+Trat. Pukulan body nya membuat gu lemah sendi dan merangkak keluar Bon.

Merah Sitam PamaBrazil 5x       (Baka Batang Kaki Balut)
Merah Sitam 5x -  Mempunyai rekod 5x kemenangan dengan permainan sepak reverse, lastik, dan serong. Tidak mahu masuk belit dan lari tampar bila ditekan. Kaki pukul urat, amat bisa.  Darah Pama+Brazil. 


Jalak Buta PB 5x                          (Baka Batang Kaki Balut)
Jalak Buta PB 5x -  Mempunyai rekod 5x kemenangan dan telah buta pada game yang ke 3. Walaupun buta ia masih boleh memenangi 2 lagi game. Permainan sepak reverse, lastik, tidak mahu masuk belit dan lari tampar bila ditekan. Pukulan tepat dan berbisa. Darah Pama+Brazil. 


Ara Ujung 13x Champions       (Baka Sambung Taji Tanduk)
Ara Ujung 13x -  Mempunyai rekod 13x kemenangan dengan game Ujung Tanduk. Ayam dari Langsuan ini telah kalah angkat sekali pada game yang ke 9 kerana patah taji sambungnya. Walau bagaimanapun seminggu kemudian ia telah menang 3x berturut setiap minggu. Ia selalu membunuh gu nya dalam sepak permulaan game. Walaupun telah berumur 3tahun semasa saya membelinya di Thailand, tuannya pada masa itu masih lagi cuci untuk berlaga lagi.


Toun 7 Series - Pembaka Baru      (Baka Batang Kaki Balut)

Toun 7 Series -  Mempunyai rekod 7x kemenangan dengan permainan tempur ketip body, lastik dan serong kiri kanan hidup.. Kaki berat dan pukul urat.  Darah Pama+Pakoy+Brazil+Trat. Bulu Toun seperti ini agak sukar didapati dan dengan saiz yang Ideal 3.7kg kami telah mengambil keputusan untuk menjadikannya Pembaka Utama. video Clipnya http://www.youtube.com/watch?v=&feature=player_videoeditor


Jalak Emas 5x - Pembaka Baru    (Baka Batang Kaki Balut)
Jalak Emas -  Mempunyai rekod 5x kemenangan dengan permainan tempur ketip body, lastik dan serong kiri kanan hidup.. Pukulannya yang tepat dan bisa membuat musuhnya lemah sendi..  Darah Pama+Brazil.  Bulu Jalak Emas yang unik dengan kaki dan muncung putih mutiara seperti ini agak sukar untuk didapati dan kami telah mengambil keputusan untuk menjadikannya Pembaka Utama.  jalak emas http://youtu.be/2SwpxF3dfro

Merah 7x - Pembaka Baru           (Baka Batang Kaki Balut)

Merah 7x -  Mempunyai rekod 7x kemenangan dengan permainan banyak sepak reverse tidak berapa mahu masuk belit. Pukulan cun dan bisa dan kesemua kemenangannya tidak lepas 2 air..  Darah Pama+Brazil. 


Ara Hijau 5x - Pembaka Baru      (Baka Batang Kaki Balut)


Ara Hijau 5x -  Mempunyai rekod 5x kemenangan dengan permainan tempur, super lock, kilas, lastik dan serong yang baik. Kaki berat dan pukul urat.  Darah Pama+Brazil+Trat. Sedang menyulam bulu dan telah diturunkan baka di transit farm saya di Songkla, Thailand. Tetapi kami telah membawanya masuk ke reban kami sekarang.



 Nota :-
Selain pembaka-pembaka yang kami kenalkan terdapat juga pembaka-pembaka Part Time lain dimana kebanyakannya sedang jatuh bulu dan kami menurunkan bakanya sementara menunggu bulunya penuh semula.


Thursday, August 18, 2011

Induk Baru

Sebelum ini kami amat jarang memperkenalkan Induk-induk betina JF. Ini adalah atas sebab-sebab tertentu terutamanya dari segi faktor keselamatan. Induk-induk betina kami kebanyakan diimport sepenuhnya. Pemilihan biasanya akan diambil dari sejarah Jagoh yang pernah kami bawa masuk dan memang telah terbukti hebat. Contohnya Esset 9x hebat, maka seboleh2nya kita akan mendapatkan betina dari bakanya. Selalunya ibu asal memang owner tidak akan lepaskan, tetapi kita akan ambil adik beradik betinanya.

Kita juga ada menggunakan ibu-ibu local breed - Genersi Kedua dimana anak-anak betina dari baka yang diperturun akan dipilih dan dijadikan ibu pelapis dan juga sebagai Tabung Baka @ waris darah bapaknya. Selepas di restruktur semula baka-baka kita, buat masa ini ibu dari keturunan tempatan (local breed) kita hanya baru di peringkat Generasi Kedua.

Ok kali ini kita ingin memperkenalkan 3ekor Induk baru yang baru dibawa masuk pada 15/8/2011. Ibu-ibu ini datngnya dari 3farm yang berlainan. Bukan untuk jualan hanya untuk penglipur lara sementara menunggu waktu berbuka puasa. Tq

Medusa
Medusa - Induk ini adalah adik kepada Induk kami Black Mamba 1j. Darah Pama+Brazil berumur 13bulan. Sejarah nama 1juta ni berasal apabila adik beradik jantan ibu Black Mamba saya menang di Bon Bodansa bon terbesar di Thailand dengan pertaruhan 1juta Bath (RM100,000). Speciality baka ini - Kaki Kena, Bisa. Perhatikan mukanya yang bengis mcm emak tiri dlm cerita bawang putih bawang merah...

Esset 11k
Esset 11k - Induk ini adalah adik beradik kepada salah seekor Jagoh yang kami bawa masuk - Esset 4x yang pernah memenangi pertarungan di Hatyai dengan jumlah taruhan RM11k (1air 15min.) iaitu pertarungan ketiganya. Kemenangan keduanya di Songkla telah membunuh gunya dlm 1air lebih juga. Pertarungan keempatnya berlangsung disini dengan kemenangan juga 1air lebih . Darah Pama+Brazil berumur 13bulan.

Chow Payok - Thunder Fighters
Chow Payok - Induk ini adalah dari baka yang memang selalu kita bawa masuk abang-abangnya dimana banyak yang telah memenangi game disini. Rekod abangnya pernah menang sehingga 7x bon disini dan masih lagi sedang terus beraksi. Darah Pama+Brazil berumur 13bulan.







Thursday, July 28, 2011

Logo Jagohfarm

Logo Jagohfarm
Jagohfarm sedang dalam proses untuk mencipta Logo sendiri. Sketch logo diatas adalah asas lakaran untuk di kembangkan menjadi logo Jagohfarm. Motif  Helang dan Jagoh sedang bertarung sebenarnya bukan lah datang secara sepontan, tetapi ada cerita disebaliknya. Idea ini datang apabila pada suatu hari di kebun peliharaan ayam sy terjadi suatu pertarungan ayam jagoh saya iaitu Rick Flair si Bakash Putih dengan Helang Gunung. Ceritanya ketika saya sedang berehat melihat telatah ayam di kebun tiba-tiba datang Helang Gunung berwarna Coklat keputihan yang besar cuba menyambar Jagoh saya si Rick Flair, tetapi dengan secara sepontan si Rick Flair menyerang dan memukul kembali si helang. Saya yang terperanjat juga secara sepontan berkejar ditempat kejadian membuat si helang itu terbang lari dengan hampa. Saya check si Rick Flair syukur tiada kecederaan yang terjadi. Jadi dari kejadian inilah timbul idea saya untuk menjadikan Helang bertarung dengan ayam jagoh sebagai motif utama pembinaan logo Jagohfarm. Logo ini masih belum siap sepenuhnya dan masih banyak lagi yang perlu di develope untuk menjadikannya lebih baik.

Saturday, July 23, 2011

Anak Penghulu Reban - Payao Killers

Anak Penghulu Reban - Payao Killer kini telah berumur 4bulan. Ibu anak-anak ini dipilih dari yang terbaik antaranya ibu Black Mamba 1j, ibu Nakhon Sawan PB, ibu 3D PamaBrazil+Saigon & Ibu Pama Ori the Shooters.  Ibu-ibu ini banyak anaknya telah terbukti menjadi Champions di gelanggang dimana kebanyakan senjata utama anak-anaknya adalah dari jenis kaki bisa. Mungkin dari darah bapaknya dan dicampur dengan darah ibu yang memang dipilih untuk padanan Payao Killers. Sebagai contoh ibu Nakhon Sawan PB dari keturunan pembunuh jugak dimana bapaknya sama rekod dengan PK - 6x mng @ 3x bunuh gu. Anak-anak ini untuk jualan dan harganya RM350.00 seekor. Hadiah CD Batang Kaki untuk setiap ekor pembelian. Harga termasuk penghantaran di Sem. Malaysia shj. Kepada yang berminat boleh lah SMS sy di no ;-  0137116301. TQ

 Anak-anak Payao Killers

Black Mamba PK-01 SOLD

Black Mamba PK-02 SOLD

Black Mamba PK-03 SOLD
Shooters PK - 01 SOLD

Shooters PK - 02 SOLD

Shooters PK - 03 SOLD

Shooters PK - 04 SOLD
Shooters Uban PK - 05

 PBS PK - 01 SOLD

 PBS PK - 02 SOLD

N. Sawan  PK - 01 SOLD

N. Sawan PK - 02 SOLD

N. Sawan PK - 03 SOLD

Anak Esset 9x
Anak Esset 9x. Anak ibu 3D & ibu Borek Endurance.
Hijau Ess9x - 01 ( 5bln ). Harga RM350.00 SOLD


Borek Ess9x - 02 ( 4bln ). Harga RM200.00 SOLD
 
Anak Lipas 
Anak Bapak Lipas ini adalah campuran bapak ujung tanduk dan ibu taji Original. Bapak Lipas telah memenangi 1x rekod kemenangan. Ibunya dari baka tersohor ujung kaki ori berasal dari Yala.
To'un Lps - 01. ( 4bln ) - Harga RM150.00 SOLD

Anak Ara Ujung 13x
Anak Ara ini bersama ibu Langsuan. Anak ini adalah jenis ujung tanduk kerana ibu&bapanya adalah dari jenis Pure Ujung tanduk.
Bapak Ara 13x

Kumbang Lilin A13x - 01 ( 5bln ). Harga RM250.00

Ara A13x
Ara A13x - 01 ( 5bln ) - Bulu & Cutting ikut bapak. Harga RM250.00

Anak Payao Killers/ Ibu Black Mamba

Vipers


Vipers - Anak Payao Killers bersama ibu Black Mamba. Berumur 10bulan, 3.1kg sedang dalam proses training untuk memasuki dunia Fighters.

 Vipers vs Lembu
Vipers pertama kali adu/spar