Selamat Datang Ke Jagohfarm

SELAMAT DATANG KE JAGOHFARM

Kami adalah pembaka kepada pelbagai jenis spesis ayam dan unggas. Tetapi buat masa ini kami lebih fokus kepada spesis ayam sabung. Baka-baka yang kami proses adalah terdiri drp baka-baka terpilih samada drp baka dalam negara kita (Local) atau dari Thailand.

Karektor ayam sabung yang menyerlahkan karisma dan kegagahannya telah membuatkan ia diminati ramai terutama kpd kaum Adam yang memang mempunyai sifat-sifat kepahlawanan. Pemilihan ayam sabung yang baik meliputi pelbagai aspek bermula dgn baka susurgalurnya, fizikal yang mempunyai karektor atau tulang yang kukuh, warna bulu melibatkan tinggi rendah bangsa ayam itu, sisek bak orang tua-tua berkata "tuah ayam nampak di kaki" dan berbagai lagi.

Dunia Moden Ayam Sabung juga telah mengalami satu perubahan yang besar. Pada masa ini terdapat pelbagai jenis baka kacukan untuk mendapatkan satu baka yang benar-benar hebat. Trend terkini adalah darah kacukan Burma atau Pama telah terbukti adalah yang terbaik. Darah Pama telah dikacukkan (Pama Cross) dengan darah Thai, Saigon@ganoi, Pakoy, Brazil, maka terhasil lah baka kacukan Magon (pamasaigon), MaThai dan nama-nama lain. Ayam Pama mempunyai permainan yang unik dimana peratusan ketepatan pukulannya adalah tinggi. Pukulannya yang padu sentiasa kena di bahagian kepala di mana musuh selalunya akan tercabut muncung dan buta matanya. Jalan permainannya yang unik, banyak sepak (Tembak) dan susah mahu masuk belit selain tidak makan pancing (Lock) telah banyak menyebabkan ayam baka asal atau baka batang kaki Bangkok yang terkenal dengan super lock tersungkur di dalam gelanggang. Evolusi Pama telah berlaku di Thailand di mana 90% darah ayam sabung mereka di sana kini adalah dpd kacukan darah ayam Pama. Tetapi R&D mereka tidak terhenti disini sahaja, mereka sentiasa upgrade baka mereka supaya menjadi lebih baik dan kini telah keluar satu baka yang boleh 'challenge' permainan ayam Pama - Baka Batang kaki Ketip Body @ baka 3 darah.

Jagoh Farm sentiasa mengikuti perkembangan dunia ayam sabung dan kami akan sentiasa upgrade baka yang kami ada dari masa ke semasa. Untuk Jualan sentiasalah melihat ke laman Jualan/Sales kami. Kami sentiasa mengiklankan ayam-ayam sama ada drp baka dari Ladang kami atau ayam Import untuk dijual. Kami juga ada menjual peralatan ternakan dan ubat-ubatan. Selamat melayari blog kami dan sebarang pertayaan boleh hubungi kami di talian ini : 013-7116301


Terima Kasih.

JAGOHFARM - Ubat & Peralatan

Untuk mencari ubat-ubatan & peralatan sila layari blog kami - Jagohfarm Ubat & Peralatan yang mengkhususkan untuk jualan ubat-ubatan dan peralatan ayam. Dengan cara ini anda tidak perlu lagi untuk membuka jagohfarm 2010 untuk mencari produk ubat-ubatan sebaliknya hanya dengan membuka blog Jagohfarm Ubat & Peralatan. Semua produk ubat-ubatan dan peralatan untuk keperluan anda terdapat dalam blog ini. Terima kasih atas sokongan anda.
Klik di sini http://jagohfarm-ubatperalatan.blogspot.com/

Payao Killers

Payao Killers
PAYAO KILLERS - Penghulu Reban. 6x Champions ini adalah ayam batang kaki balut dengan rekod 3x bunuh gu di dalam Bon. Jangan tanya gaya permainannya bagaimana kerana senjata utamanya adalah pukulan kakinya yang membuatkan musuhnya lumpuh dan tersungkur hanya dalam 1air sahaja.Ia adalah Pembaka Utama di reban kami. Untuk perkembangan terkini jagohfarm sila layari JGOHFARM 2013 dengan KLIK!!! pada gambar Penghulu Reban kami diatas.

Galeri Jualan Ayam

Galeri Jualan Ayam
TERBARU!!! The Bomb 2 - Untuk jualan ayam Jagohfarm, sila klik! gambar ayam diatas..

JF Eksotik

JF Eksotik
Galeri ternakan ayam eksotik kami. Sila KLIK!!! pada gambar ayam diatas,

Friday, November 12, 2010

Borak-borak Tepi Reban

Borak borak tepi reban kali ni saya ingin bercerita sedikit tentang Jagohfarm. Mungkin dengan borak-borak ini, kawan2 kita yang jauh akan mendapat sedikit gambaran tentang kita. Sebenarnya kita ni bukanlah ladang besar2an cuma reban macam anda semua juga. Cuma mungkin langkah kita agak panjang sedikit dimana kita selalu berurusan di negara jiran dan dengan sedikit pengetahuan yang ada kita cuba memeberikan perkhidmatan mendapatkan baka-baka ayam yang terbaik disana untuk dikembangbiakkan disini dengan harapan ayam-ayam kita disini juga mempunyai kualiti yang sama dengan mereka disamping dapat memeperkenalkan baka-baka terbaru orang Thailand. Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan anda semua.

Reban Utama di Kangkar Tebrau, Johor Baharu.
Reban ini adalah reban induk dan juga reban transit utk ayam import yang baru sampai. Pelawat adalah dialu-alukan disini.
Reban bujang dauble & single storey
Reban Induk untuk ayam kelamin turun baka.
Cadangan untuk naikkan lagi lima tingkat pd masa akan datang. Tapi kena naik lift la pulak.
Musuh utama di reban kami, misai tebal ular sawa.

Kebun
Kebun adalah untuk kita membesarkan anak-anak ayam hinggalah ke bujang. Pelawat tidak dibenarkan utuk datang melawat disini atas sebab-sebab keselamatan.
Kepungan jaring pukat
Anak-anak bujang zon jantan
Sejuk hati kalau duduk kat kebun ni.

Reban Penghulu
Reban ini untuk Penghulu reban bersama gundik-gundiknya dan Naib Penghulu, juga dengan gundik-gundiknya.


Reban kembar untuk Penghulu seekor
Reban Naib Penghulu
Anak  sulong Magon King 
Anak Payao 2nd trip
Anak Ara 13x 2nd trip
Transit Farm di Chana Songkla
Reban ini adalah reban transit apabila ayam-ayam dari serata Thailand turun sebelum dibawa masuk ke Malaysia. Ayam akan direhatkan dahulu setelah menempuh perjalanan yang panjang. 
Kebanyakan di Thailand mereka membela ayam mereka hanya menggunakan perkup buluh dibawah satu Bangsal utama. Berlainan dengan kita disini yang menggunakan reban.
Tepi pantai, rindu nak pegi sana...

Sparring session
Tokey Bon besar ayam ujung tanduk di Khenom, Surathani sdr Sunthom (baju belang oren), berlatar belakangkan bangunan Bon nya.
Tumpang posing didalam Bon sdr Sunthom.
Tuan punya ladang ayam batang kaki Mr Phodo the policeman di Ayutaya, Bangkok
Anak Siam ditebing Sungai Golok
Ehhh.. bukan anak siam la, anak akuuu...

Ok bro, Sawadee Kap.