Bapak Jagoh - 19x Champions ini berdarah Siam+Saigon berasal dari Parachuap, Thailand telah memenangi 19x kejuaraan di Parachuap, Golok dan Bangkok. Mempunyai buah patah besar yang akan membuat musuh tidak pulih dan tidak bangun.. Kebanyakan belaganya tidak lepas 3 air dan banyak kemenangannya hanya 1air sahaja. Tidak boleh kena sakit, dia akan balas dengan buah patahnya . Umur hampir 30 bulan dan telah bersara sepenuh masa. Anak-anaknya kita pernah membawa masuk ke Malaysia pada suatu ketika dahulu.
Jagohfarm telah lama menawarkan untuk membeli Bapak Jagoh ini tetapi ownernya belum mahu menjualnya. Tetapi Alhamdulillah baru ini ownernya telah terbuka hati untuk menjualnya kpd saya. Sekarang ia telah menjadi pembaka utama di JF dan buat masa ini kami turunkan bakanya di transit farm kami di Thailand.