Logo Jagohfarm
Jagohfarm sedang dalam proses untuk mencipta Logo sendiri. Sketch logo diatas adalah asas lakaran untuk di kembangkan menjadi logo Jagohfarm. Motif Helang dan Jagoh sedang bertarung sebenarnya bukan lah datang secara sepontan, tetapi ada cerita disebaliknya. Idea ini datang apabila pada suatu hari di kebun peliharaan ayam sy terjadi suatu pertarungan ayam jagoh saya iaitu Rick Flair si Bakash Putih dengan Helang Gunung. Ceritanya ketika saya sedang berehat melihat telatah ayam di kebun tiba-tiba datang Helang Gunung berwarna Coklat keputihan yang besar cuba menyambar Jagoh saya si Rick Flair, tetapi dengan secara sepontan si Rick Flair menyerang dan memukul kembali si helang. Saya yang terperanjat juga secara sepontan berkejar ditempat kejadian membuat si helang itu terbang lari dengan hampa. Saya check si Rick Flair syukur tiada kecederaan yang terjadi. Jadi dari kejadian inilah timbul idea saya untuk menjadikan Helang bertarung dengan ayam jagoh sebagai motif utama pembinaan logo Jagohfarm. Logo ini masih belum siap sepenuhnya dan masih banyak lagi yang perlu di develope untuk menjadikannya lebih baik.
