Tuesday, May 17, 2011

Lawatan ke Kilang@Farm LAMPAM

Pada 14hb Mei 2011 yang lalu saya telah melawat kilang@farm LAMPAM di Pathalung Thailand. Tetapi rupanya kilang@farmnya telah berpindah ke Bangkok. Nasib masih menyebelahi kami apabila kami disambut oleh Agent LAMPAM sdr Pong yang duduk berdekatan. Jenama LAMPAM adalah satu nama besar dan amat terkenal dengan produk ubat-ubatan keperluan ayam sabung di Thailand. Produknya meliputi berbagai jenis ubat dari pelbagai jenis penyakit, vitamin, makanan tambahan utk ayam dlm cuci dan juga ubat berlaga. Mereka juga membiakbaka ayam sabung terbaik dari jenis ayam batang kaki dan ayam ujung tanduk. Baka-baka ayam batang kaki mereka terkenal dengan ayam ketip body dimana susurgalur asal baka mereka adalah dari baka Pakoy.
Semasa di farm sdr Pong yang mana baka ayamnya adalah dari baka LAMPAM asal, kami telah sparring ayam bakanya dan ternyata memang ayamnya terdiri dari ayam ketip dan mantap pukulannya. Cuma saiznya agak sederhana iaitu sekitar 2,6kg - 3.0kg. Harganya ehemmm... tak murah cuma mahal sikit. Idea sy kalau dah pergi ladang tersohor ni, ayam betina mesti mau bawak balik.. Tapi dengan acuh tak acuh bila sy nyatakan untuk meminang si dara Lampam sdr Pong telah menolak mentah-mentah peminangan sy itu. Hampa.. Tp x pe strategi diatur..  Itu cerita ayam, bila msuk cerita ubat sy telah memesan dalam kuantiti yang agak banyak dan besar modalnya dan apabila salam perpisahan hendak dilafazkan sekali lagi saya menyatakan untuk membawa pulang sidara Lampam dan akhirnya terbuka hati sdr Pong untuk menerima lamaran saya. Setelah maskahwin dipersetujui sidara pun dipilih dan inilah sidara Lampam yang dimaksudkan... (gambar dibawah). Semoga kehadiran sidara Lampam ini akan memantapkan lagi baka kami di Jagohfam.
Sidara Lampam

LAMPAM 300 meter

Kilang@Farm LAMPAM yang telah ditutup dan berpindah ke Bangkok

Ladang ayam sdr Pong di Kg Lampam, Pathalung

Suasana dalam bangsal ayam

Sparring session, ketip gila dua ekor ni, nak amik video x cukup memory plak..
Balik dari Lampam sy ke Transit farm sy di Songkla dan melihat ayam-ayam yang baru sampai dari sekitar Bangkok. Ayam sy yang dipilih dari sekitar Thailand akan ke transit farm sy dahulu dan setelah berehat dan vaksin diberi barulah ayam akan dibawa masuk. Antaranya :-

Hijau Magon - 1x
Hijau Magon - 1x - Pama+Saigon menang 1x, 3.6kg dengan permainan depan tempur dan kaki mantap serta rajin.
VS
Jalak MG - 4x
Jalak MG - 4x - Pama+Saigon 4x , 3.6kg dengan permainan depan reverse dan kaki padu.

 Hijau Magon 1x VS Jalak MG-4x


Kami juga ada memesan dara Siam untuk dibuat menantu.. For Display Only
Dara Magon Tedong
 
Dara Esset Pama Ori