Lawatan solo empat hari tiga malam saya ke Bangkok pada kali ini telah membawa saya ke 3 buah farm yang dimiliki oleh pemilik-pemilik yang terkenal dengan kualiti Jagoh terbaik mereka iaitu farm yang dimiliki oleh
Mr. King di Ayuthaya, sebuah farm Transit dari Trad di tengah kota Bangkok yang dimiliki oleh
Mr. Chak Da dan juga
Chok Ban Cha Farm (CBC) di Nakhon Phantom.
Farm Mr. King Ayuthaya
Pada hari pertama saya telah ke Ayuthaya melawat sebuah farm yang terkenal di Thailand yang dimiliki oleh Mr. King seorang yang sering muncul di media-media Thailand terutama di dalam majalah sabung ayam. Terdapat 2 jenis ayam sabung yang diusahakan oleh Mr. King iaitu ayam sabung tarung dan ayam sabung ratu cantik. Kebanyakan ayam sabung tarung di farm Mr. King adalah dari darah Pama Cross seperti Pama+Saigon dan Pama+Brazil. Dari segi teknik tarungnya ia lebih kepada ayam Lau samada Lau jauh @ Lau dekat dan ayam sepak reverse. Baka-baka beliau telah banyak memenangi pertarungan di Thailand dengan betting yang besar dan telah terkenal dikalangan kaki-kaki ayam disini. Mr. king juga sering memenangi pertandingan ayam ratu cantik yang memilih ayam tercantik dari segi kegagahan seekor jagoh seperti memiliki tubuh yang perkasa, bulu yang cantik, ekor yang panjang dan keunikan warna bulu. Ayam-ayam ini kebanyakan bersaiz A iaitu 3.8kg keatas dan kebanyakannya 4.2kg ketika memasuki pertandingan. Ayam-ayam Mr. King juga banyak yang telah dieksport ke luar negara terutama di Timur Tengah.
Bersama Mr. King. Pada banjir besar di Thailand, farm nya telah dinaiki air setinggi 10kaki. Di belakang kami adalah piala-piala yang telah dimenanginya didalam pertandingan ayam ratu cantik.
Ayam ratu cantik dengan bulu Toun Raja dan ekor lalang. Harganya sekitar RM5000.00
Bapak Hijau yang pernah memegang anugerah ratu cantik sedang meluruh bulu dan bakal menjadi Pembaka di JF.
Anak bapak Hijau di atas yang berharga RM3000.00 jika anda ingin memilikinya.
Pama+Brazil produk Mr. King Farm
Mercu tanda Ayuthaya dengan candi bersejarah di tengah bandarayanya.
Ayuthaya bekas ibu negara Thailand yang banyak peninggalan sejarah
Mr. Chak Da Transit Farm Bangkok
Hari kedua saya telah melawati sebuah transit farm di tengah kota Bangkok yang dimiliki oleh Mr. Chak Da seorang hartawan. Farm utamanya di Trat Thailand dan kebanyakan bakanya terdiri dari baka 3darah iaitu darah utamanya adalah Saigon+Thai+Pakoy. Menurutnya kombinasi baka dari darah ini telah dapat menghasilkan baka terbaik dengan teknik tarung terkini iaitu Tempur, Super Lock, Ketip Body dengan pukulan buah patah besar - Teknik Pembunuh Pama. Dari segi fizikalnya juga ia menjadi lebih mantap dengan tulang yang kasar dan body yang solid. Baka ayam nya juga amat terkenal di Bon-bon Thailand dengan pukulan Knock Out nya.
Bersama Mr. Chak Da seorang hartawan di Transit Farm nya di Tengah Kota Bangkok
Ben anak kepada Mr Chak Da seorang juara yang sering berada di dalam Bon sekitar Bangkok sedang servis fighters-fighters nya.
Ayam kesayangan Ben, selama 25tahun dia berlaga ayam, ayam inilah yang paling dia respek dan sayang kerana rekod cemerlangnya dimana kesemua pertarungannya tidak sampai 15minit ia telah dapat menumbangkan musuhnya.Puas saya mengecek nak bawak balik tapi tak dapat juga sampai kesudah...
Penjaga farm Mr. Chak Da,
Chok Ban Cha Farm Nakhon Phanthom
Hari ketiga saya ke CBC Farm. CBC Farm adalah sebuah farm yang besar dan pengurusan ladangnya amat bersistematik. CBC Farm amat terkenal di Thailand dimana baka-bakanya terdiri dari jagoh-jagoh yang terbaik di Thailand. Kaki-kaki ayam di Thailand kebanyakannya akan mendapatkan ayam terbaik dari sini termasuk Raja Ayam sabung Thailand Mr. X Karabau. Produk farm bernilai jutaan ringgit ini adalah ayam siap tarung, ayam muda termasuk betina muda dan anak ayam berumur 3-4bulan. Tetapi saya agak tidak bernasib baik kerana semasa saya datang pada kali ini, kesemua anak-anak ayamnya telah habis dijual dan terpaksalah saya mengambil yang kecil sedikit tetapi tetap dengan harga yang sama. Ayam anak mudanya yang berumur dalam 8bulan berharga dari RM900 keatas dan jika kategori VIP harganya adalah dari RM1000 keatas. Kategori VIP adalah ayam-ayan pilihan terbaik dan untuk ke perlawanan besar.
CBC Farm, ownernya bersama orang kenamaan Thailand termasuk Pak Menteri dan Raja Ayam Sabung Thailand X Karabao.
Reban Baka dan reban asuhan anak ayam
Reban baka
Baka ayam kat belakang tu habis semua dah disapu dek kaum
Penjaga ayam-ayam kategori VIP
Tak dapat bawak balik dapat bergambar pun jadilah... RM10,000.00 ayam putih ni beb..
Ada 2 bangsal fighters seperti ini di CBC Farm
Pembaka Pama+Brazil 7x Champion
Pembaka Pakoy+Thai Champion 7x dengan nilai betting sehingga ratusan ribu ringgit
Kalau berminat boleh meminang si Putih ini tapi hantarannya RM10,000.00. Setakat ini seorang warganegara Brunei pernah membeli adikberadiknya dengan betinanya sekali.. Ayam ini sedang meluruh dan ekornya tidak berapa panjang lagi. Saiz 4.5kg. walaupun kategori ratu cantik tapi Si Putih ini pernah memegang rekod 3x Champion batang kaki.
Dah habis shopping, habis fulushh.. CBC ni kira kalau Shopping Compleks mcm SOGO le, barang-barang branded.. Pekerjanya pun ada uniform, yang tengah kipas duit aku tu Ketua penjaga CBC, panas betol aku...
Anak ayam CBC pilihan saya. Kesemuanya jantan berumur dalam 2bulan.
Pakoy+Thai dari Farm CBC, Champion 4x ini bakal menjadi Pembaka di JF
Fighters kategori VIP dari CBC darah Pakoy+Thai, saiz 3.0kg umur 10bln
Betina CBC darah Pakoy+Thai
Lapangan terbang lama Bangkok Lapangan terbang DON MUANG yang telah beroperasi semula untuk lapangan terbang tambang murah. Tidak jauh dari kota Bangkok, hanya 45minit perjalanan menaiki teksi dengan tambang dalam RM15.00
Gadis Siam yang menemani saya di Bangkok
Macau
Spesis Enggang
Bermacam jenis unggas dan binatang eksotik yang dijual di pasar minggu Chatuchak
Lukisan Antik Ayam Jagoh
Ketika shopping di Bangkok saya amat tertarik dengan lukisan berusia 10 tahun ini yang di pamerkan di sebuah galeri lukisan. Tapi harganya.... RM5000.00 sebuah. Tengok aje lee...
Mr Tor
Kemana perginya Mr Tor yang menemani saya pada trip yang lepas??? Sebenarnya beliau sekarang dalam keadaan sakit kencing manis yang agak kritikal. Saya sempat melawat beliau dan beliau masih bersemangat bercerita pasal ayam.
Baju Jagoh Siam
Pandangan Hadapan
Pandangan Belakang
Baju Jagoh Siam - Free Size dengan design baju siam. Kocek besar dihadapan memudahkan untuk meletak barang sewaktu di bon. Warna blue jeans.
Harga : RM70.00 sehelai termasuk penghantaran melalui pos laju.