Sunday, November 4, 2012

Pengenalan Produk Baru


 Baru!!!!
Vitamin Pembiakan ( Pigeon )
Breeding Vita ( Pigeon ) - Vitamin untuk Pembakaan. Khas untuk unggas dari keluarga Pigeon seperti Burung Merbok, Terkukur, Merpati dan yang sewaktu dengannya. Diberi sebiji sekali beri pada setiap masa  . Boleh diberi hari-hari tanpa memudaratkan burung kesayangan anda. Untuk penggalakan pasangan burung anda dan untuk anak yang sihat serta tulang dan kulit telur yang baik.
Untuk keterangan lanjut sila lawati Jagohfarm Ubat dan Peralatan



Thursday, November 1, 2012

Baka Si Jambul Helang 5.5juta

Baka 5.5juta ini berasal dari sebuah farm yang terkenal di Rattburi Thailand. Darah Pama+Brazil dimana bapak ayam ini telah telah mempunyai rekod kemenangan yang tinggi dengan jumlah kemenangan keseluruhan 5.5juta bath ( RM550,000.00 ). Bapak ayam ini dari jenis baka berjambul ( Jambul Helang ) dan kebanyakan anak-anaknya juga mempunyai jambul. Teknik permainan bapanya adalah teknik pama lau tetapi mempunyai buah patah berserta mencari mata dan muncung. Sering mendapat point dengan membutakan mata musuhnya dahulu dalam masa yang singkat dan rekod kemenangan terpantasnya adalah 23 minit dengan buah knock out.
Anak muda berumur 8bulan ini adalah anak kepada bapak Jambul 5.5juta. saiz semasa 2.9kg dan boleh mencapai sehingga 3.1kg apabila matang. Saiz bapanya adalah 3.3kg. Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan baka Jambul 5.5j ini, bolehlah membuat pesanan melalui kami. Anak muda seperti dibawah harganya adalah di sekitar RM1200.00.

Anak muda baka Jambul 5.5j. Umur 8bulan. Perhatikan Jambul Helang diatas kepalanya.

Bapak ayam ini, Si Jambul Helang 5.5j yang sering keluar majalah ayam sabung di Thailand.